SPM 2011 Wajib Lulus Bahasa Inggeris

Kementerian Pelajaran akan mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sebaik sahaja kementerian itu memiliki jumlah guru bahasa Inggeris yang mencukupi, untuk dihantar ke seluruh negara.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun yakin perkara itu dapat dilaksanakan dalam tempoh tidak berapa lama lagi selepas prestasi mengenai program pengambilan guru pakar dari United Kingdom dan Amerika Syarikat dibentangkan.

“Kita sedang kaji kalau kita mempunyai jumlah guru bahasa Inggeris yang mencukupi, yang kita boleh hantar ke semua sekolah di seluruh negara dengan korikulum baru, mungkin sampai waktu untuk kita letak wajib lulus. Saya percaya perkara itu tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010, di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, sebanyak 92 (4.2 peratus) daripada 2,204 sekolah menengah di seluruh negara telah mencapai sasaran prestasi yang ditetapkan Kementerian Pelajaran dalam Anugerah Tawaran Baru kepada pengetua bagi tahun 2010.

Menurut beliau yang juga Menteri Pelajaran, kementerian berpuas hati dengan hasil pencapaian tersebut kerana ia mengatasi sasaran awal iaitu sebanyak dua peratus, tetapi menyasarkan untuk mendapat keputusan lebih cemerlang pada tahun hadapan.

Pada masa yang sama, beliau juga memberitahu, sebanyak 16 buah sekolah menengah telah mencapai skor komposit sekurang-kurangnya 88 peratus selepas dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran.

“Apa yang membanggakan, 55 buah sekolah menengah (59.78 peratus) di luar bandar dan sebuah di pedalaman (Sekolah Menengah Desa Wawasan, Tambunan, Sabah) berjaya menerima ganjaran tawaran baru ini daripada jumlah 92 buah sekolah berkenaan,

Admin: Mata pelajaran bahasa malaysia pula harus mendapat kredit iaitu 6 kebawah sebagai syarat lulus supaya semua rakyat malaysia tak kira apa kaum pun harus fasih bahasa utama negara ini..