Teknologi Hebat Masa Depan

Manusia dari seluruh dunia kini berlumba-lumba untuk menghasilkan apa sahaja teknologi hebat untuk kegunaan masahadapan. Ini termasuklah teknologi untuk tujuan peperangan.. Jom kita tengok beberapa teknologi hebat yang telahpun berjaya dicipta.



NASA dilaporkan sedang merancang untuk membina pesawat jet masa depan yang mampu menampung lebih ramai penumpang dan kargo, mesra bunyi, serta pengurusan sumber tenaga yang efisyen.



NASA telah berjaya memperluaskan teknologi untuk mengurangkan bunyi bising mesin pesawat jet. Teknologi yang diberi nama Chevron itu sudah mula digunapakai pada pesawat komersial Boeing 787 generasi baru dan Boeing 747-8.