Tidak Sedar Belakang Ditikam

MOSCOW - Walaupun belakangnya ditikam sebilah pisau, seorang mangsa rompakan, Julia Popova tidak berasa sakit atau menyedari kecederaan yang dialaminya.



Wanita berusia 22 tahun itu meneruskan perjalanan seperti biasa
selepas dia ditikam seorang perompak semasa pulang dari pejabatnya
baru-baru ini.
Popova bergelut dengan perompak itu yang meragut beg tangannya
semasa mangsa dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di sini, Rusia.
Bagaimanapun, insiden itu menyebabkan dia terkejut sehingga tidak
menyedari sebilah pisau tertusuk pada tengkuknya dan hampir mengenai
tulang belakang mangsa.
Setibanya di rumah, ibu bapa Popova terkejut melihat anak mereka
berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital manakala beberapa
pakar bedah berjaya mengeluarkan pisau itu tanpa merosakkan tulang
belakangnya.