UFO Dilangit Canada Membentuk Lingkaran Cahaya

Lagi objek asing ditemui di langit Western Canada yang membentuk lingkaran cahaya luar biasa.





VANCOUVER - Cahaya aneh dilaporkan muncul di langit barat Kanada menyebabkan beberapa pakar menyatakan ia adalah penemuan objek terbang yang tidak dikenali (UFO).

Cahaya berbentuk bebola itu turut membentuk lingkaran sebelum bersinar dengan terang dan hilang secara tiba-tiba.

Fenomena tersebut yang dirakamkan oleh seorang lelaki, Steven Murray yang telah disiarkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini manakala klip videonya boleh ditonton di laman perkongsian video, YouTube

"Saya memasang empat kamera untuk merakamkan imej tahi bintang. Kamera nombor tiga yang merakamkan fenomena ini," kata Murray.

"Saya melihatnya dari pejabat saya semasa sedang bekerja. Objek itu berada di skrin monitor. Apabila saya bergegas keluar, objek tersebut sudah hilang tetapi sejurus kemudian saya mendengar bunyi dentuman yang amat kuat," katanya..

Lingkaran cahaya itu menyerupai lingkaran cahaya di langit Norway pada 9 Disember tahun lalu yang pada awalnya disangka sebagai UFO tetapi ia kemudian dianggap berpunca daripada satu ujian peluru berpandu Rusia yang menemui kegagalan.

Ramai pembaca bagaimanapun, sangsi dengan peristiwa ganjil itu dan tidak kurang yang menyatakan ia adalah palsu dan dibuat dengan menggunakan teknik pengimejan penjanaan komputer..