Video Lucah Playboy bernilai RM86.72 Juta

Satu video seks berdurasi 39 minit yang menampilkan bekas model Playboy yang kini personaliti televisyen, Kim Kardashian dengan penyanyi Ray J mempunyai nilai lebih AS$29 juta (RM86.72 juta).



Nilai itu dibuat oleh pemilik video seks tersebut yang merupakan syarikat penerbitan video lucah, Vivid Entertainment.

Seorang firma undang-undang Tennessee yang mewakili seorang pembida bertanya kepada syarikat penerbitan video lucah tersebut mengenai harga tersebut kerana dia mahu membelinya.

Ketua Vivid Entertainment, Steve Hirsch memberitahu sebuah akhbar bahawa, harga pemulaan video seks itu ialah AS$29 juta.

Pembida itu dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Kardashian.

Baru-baru ini, Kardashian berkahwin dengan Kris Humphries yang merupakan pemain bola keranjang sebuah kelab di Amerika Syarikat.