1001 Penawar Pokok Seabuckthorn

Pokok Seabuckthorn atau nama saintifiknya Hippophae Rhammoides adalah sejenis tumbuhan dari kawasan gurun di daerah pendalaman Mongolia dan sebahagian kawasan Gurun Gobi di China

Penawar Pokok Seabuckthorn

Lebih 90% hasil Seabuckthorn dunia datang dari kawasan ini. Selebihnya berselerak di serata Eropah tetapi ianya adalah dari spesis yang kurang berkhasiat kerana di dalam spesis Seabuckthorn ini, terdapat 8 sub spesis lain.

Ianya amat istimewa kerana memerlukan suhu dan persekitaran yang tersendiri untuk hidup, sebab itu walaupun ia tumbuhan yang berasal dari kawasan gurun, ianya tidak terdapat di kawasan gurun Timur Tengah, Afrika, Amerika atau Australia.

Keseluruhan pokok Seabuckthorn ini dari buah, akar, batang dan daunnya sangat baik untuk kesihatan manusia sehingga terdapat sebuah lagu masyarakat lama ( folk song ) satu kaum di pendalaman Tibet dari kurun ke 8 yang khusus memuja Seabuckthorn kerana khasiatnya kepada manusia.

Kajian penulisan kuno Greek kurun ke 6 mengisahkan sebuah mitos Greek yang mana watak utamanya adalah seekor kuda terbang bernama Pergassus yang akan memakan buah dan daun Seabuckthorn untuk mendapatkan tenaga dan menjaga kecantikan kulit dan bulunya. Saya tidak meminta anda percaya lepada kuda terbang tetapi merenung hakikat yang sebuah penulisan yang dihasilkan lebih 1500 tahun dahulu menggunakan Seabuckthorn sebagai sumber tenaga watak hero nya sedangkan terdapat ratusan tumbuhan lain dan hakikat bahawa tidak terdapat pokok Seabuckthorn di Greek.

Di dalam dunia perubatan moden, Seabuckthorn ini diberi nama jolokan PERMATA YANG TERSEMBUNYI ( THE HIDDEN JEWEL ) kerana walaupun ia telah ujud ribuan tahun dahuu, ia hanya dijumpai dan dikaji oleh dunia perubatan moden sekitar tahun 1950 an.

Kajian-kajian ini diterajui oleh Russia ( USSR ketika itu ) melalui Agensi Angkasa Lepas mereka. Oleh kerana ketika itu mereka menggunakan prinsip tertutup kepada dunia luar, kajian mereka itu tidak diketahui oleh masyarakat dunia.Namun begitu, kehebatan Seabuckthorn ini terserlah apabila mereka telah mencipta sejenis krim berasaskan Seabuckthorn yang dapat membantu cosmonout mereka dari kesan radiasi kosmik ( cosmic radiation ).



Dunia mula mengenali Seabuckthorn apabila saintis negara India dan China mula mengkajinya pada sekitar penghujung tahun 1950 an. Banyak agensi yang terlibat di dalam penyelidikan ini tetapi di India ianya diterajui oleh Jabatan Biologi Radiasi di Institut Perubatan Nuklear yang diketuai oleh saintis terkenal mereka H.C Goel dan juga oleh Institut Penyelidikan Ketenteraan mereka.

Di negara China pula, banyak universiti di sana yang membuat kajian ke atas Seabuckthorn ini tetapi ianya diterajui oleh saintis Bialogi Kemanusiaan mereka yang terkenal aitu Prof. Zhang.

Di benua Amerika, kebanyakan penyelidikan ini di jalankan oleh Institut Perubatan Traditional di Portland, Oregon yang diterajui oleh pengarah mereka Dr. Subhuti Dharmananda manakala di Kanada ianya diterajui oleh Kementerian Pertanian mereka.

Apa yang menarik tentang kajian-kajian ini adalah walaupun ianya dilakukan oleh saintis dari pelbagai negara, rumusan mereka semuaya menunjukkan menunjukkan satu perkara yang sama ......iaitu Seabuckthorn ini amat berkhasiat kepada manusia sehingga tumbuhan ini dikatakan sebagai suatu " keajaiban untuk manusia " ( a miracle for mankind ).

Ini adalah keraba Seabuckthorn ini akan menyerag kawasan yang bermasalah di dalam tubuh manusia dan menyegarkan kembali sel dan organ manusia agar tubuh badan mausia sendiri yang dapat melawan penyakit tersebut.

Berikut adalah antara rangkuman rumusan kajian mereka :-

KANSER

Melindungi sum sum tulang dari kerosakan akibat radiasi
Menggalakkan pemulihan dan penghasilan sum sum tulang dengan lebih pantas
Menggalakkan pemulihan lebih pantas sistem hemopoitic tubuh selepas proses kemoterafi
Menggalak imuniti dan penghasilan agen anti ketumbuhan ( Anti Tumor )
Menggalak penghasilan sel sihat untuk menentang sel kanser
Menggalak imunisasi dan menentang kanser, ulser atau ketumbuhan terutama di kawasan perit, usus dan rahim.


DIABETES

Menggalak pemulihan sel dan organ pankreas agar dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk membasmi diabetes.


KARDIOVASKULAR

Memperbaiki sistem vaskular dengan menguatkan otot jantung tanpa sebarang kesan sampigan.
Melembutkan salur darah untuk mengelak pengumpulan lemak.
Agen mencairkan darah.


KULIT

Amat baik untuk pelbagai jenis penyakit kulit
Menggalak pertumbuhan tisu baru...baik untuk luka parah seperti luka pesakit diabetes.


LIMPA

Menyelesaikan masalah hati ( liver cirrhosis ) yang mana ini akan dengan sendirinya akan meningkatkan sistem imunisasi manusia.


GENETIK

Membantu menyusun semula aturan genetik bermasalah lalu membantu membasmi penyakit keturunan.


KEPELBAGAIAN LAIN

Tekanan darah tinggi / rendah
Penyakit mata
Penyakit geraham ( ginggivitis ) dan bahagian mulut yang lain
Masaalah sendi
Asid tinggi ( gout )
Keguguran rambut