6000 Hadir Majlis Persandingan Nabil Dan Nazirah

Walau menjangkakan seramai 3,000 tetamuakan hadir ke majlis persandinya yang berlangsung di Digital Park i-City Shah Alam, malam kelmarin, ia nyata di luar dugaan Nabil apabila jumlah itu bertambah hingga 6,000 orang dan amat meriah.

Majlis Persandingan Nabil Dan Nazirah

Diterangi limpahan cahaya lampu berwarna-warni, majlis persandingan indah berkonsepkan ‘fantasi Inggeris’ impian Nabil menjadi kenyataan seperti diharapkannya. Tidak mampu meluahkan dengan kata-kata, Nabil hanya mampu tersenyum puas.

Apapun, sebelum masuk ke pentas persandingan, Nabil dan isterinya, Nazirah Ayub atau Zira, 23, muncul menunggang vespa berwarna kuning dengan diiringi konvoi bermotosikal seramai 60 orang. Ia gimik yang ingin dilakukan Nabil.

Ini kerana, pasangan merpati sejoli itu memiliki minat sama iaitu menunggang motosikal. Malah, Nabil ketika ditemui media pada majlis pernikahannya memaklumkan dia kagum dengan kemampuan Zira yang mampu menunggang motosikal.




Turut meraikan ulang tahun kelahirannya ke-28 pada malam persandingan itu, Nabil tak pernah menyangka ada ‘kejutan istimewa’ buatnya. Selepas selesai acara makan beradab, tiba-tiba saja pancaran bunga api bergemerlapan di ruang angkasa.

Ketika itu, tiga pengacara majlis iaitu Didie Alias, Amyza Adnan dan Jep (kumpulan Sepah) yang menggalas tanggung?jawab memeriahkan suasana dengan celoteh mereka terus mengumumkan hari jadi Nabil dan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

Lihat gambar kahwin Nabil disini