Batu Paling Mahal Di Dunia

Walaupun hanya sebongkah batu besar, kos mengalihkan dan mengangkutnya bernilai lebih Rm30 juta.

Batu Paling Mahal

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Muzium Seni Los Angeles yang membelanjakan sehingga AS$10 juta (RM32.06 juta) untuk membawa sebuah bongkah batu ke sebuah bangunannya di pusat bandar ini.

Bongkah batu seberat 340 tan itu akan dijadikan karya hasil seni oleh artis terkenal AS, Michael Heizer dalam pameran yang dikenali sebagai Levitated Mass.

Ia diangkut dari kuari Stone Valley dekat sini oleh sebuah kenderaan pengangkut yang mempunyai 196 tayar yang mampu membawa berat muatan 450,000 kilogram.

Seramai 60 orang termasuk pemandu, juruarah dan anggota polis terbabit dalam usaha memindahkan bongkah batu gergasi tersebut.- Agensi