Benarkah Hantu Wujud

Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya..

Misteri Benarkah Hantu Wujud



MEMAHAMI persoalan super natural', dunia metafizik atau pun alam ghaib memang amat rumit dan sofistikated. la merupakan satu dimensi yang berlainan dengan alam fizikal ini, iaitu alam yang halus dan tidak dapat diamati menerusi pancaindera manusia biasa.

Bagi sesetengah masyarakat Barat, terutamanya saintis, alam ghaib ini dilihat dari sudut realisme dan materialistik. Maksudnya, alam ghaib perlu ada pembuktian empirik dan perlu bersifat saintifik untuk membuktikan kewujudannya. Namun, kebanyakan masyarakat dunia mendefinisikan ilmu yang berkaitan alam ghaib ini selari dengan pegangan agama, serta kepercayaan turun- temurun atau animisme dalam sesebuah masyarakat berkenaan.

Bagi masyarakat Melayu sendiri, dalam soal ketuhanan, masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam telah mula berpegang pada kepercayaan animisme. Masyarakat Melayu selalu menyelongkar alam ghaib dan mempercayai sesuatu kuasa dapat mempengaruhi dan menguasai manusia.

Lantaran itu pelbagai ritual dijalankan untuk menenangkan makhluk-makhluk ghaib tadi, seperti hantu, orang bunian dan sebagainya. la telah menjadi satu budaya dalam masyarakat Melayu. Tarian kuda kepang, buang anjak, makyung, main puteri, puja pantai dan sebagainya merupakan ritual yang pada asasnya untuk mendamaikan kuasa ghaib tersebut, selain mengelak bala daripada makhluk-makhluk berkenaan.

Dalam Islam, alam ghaib merupakan satu persoalan yang hakiki, yakni wajib dipercayai. Dalam soal ketuhanan Islam itu sendiri, Allah S.W.T itu bersifat ghaib. Begitu juga dengan kewujudan malaikat, iblis dan jin. Semua ini membabitkan pemahaman spiritual yang berdasarkan- wahyu al-Ouran dan juga hadis nabi.

Menurut Dr. Jahid Sidek bekas pensyarah Akademi Pengajian, Islam, Universiti Malaya, kepercayaan terhadap alam ghaib dalam Islam adalah satu tuntutan dan wajib diketahui serta difahami, Namun begitu, ia terhad,pada had-had dan batas tertentu.

Menurut Dr. Jahid, dalam al-Quran telah disebutkan dalam surah al-Jinn ayat 26, yang bermaksud, "Tuhan sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka la tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun,"

Dr. Jahid menjelaskan juga “Allah hanya memberitahu tentang alam ghaib ini kepada. para Rasul dan Nabi atas kehendak-Nya. Itu pun selepas Allah meletakkan para malaikat untuk menjaga dan mengawasi para utusan Allah tersebut. Hal ini diterangkan dalam ayat 27, surah AI-Jinn tadi."

Sebenarnya, manifestasi masyarakat hari ini terhadap alam ghaib tersebut, termasuk kepercayaan terhadap makhluk ­makhluk yang menghuni alam ghaib berkenaan berbeza-beza mengikut amalan budaya, kepercayaan dan agama. la sering kali juga bercanggah dengan pandangan serta tafsiran Islam.

Misalnya, masyarakat Melayu lazimnya sudah sebati mengaitkan alam ghaib ini dengan kewujudan hantu dan orang bunian, termasuk jin-jin. Hingga wujud satu fenomena yang dipanggil kerasukan, atau juga histeria akibat gangguan daripada makhluk tersebut. Dari sudut psikologi masyarakat Melayu itu sendiri, fenomena ini sudah sebati dalam kehidupan harian mereka.

Dr. Jahid menjelaskan bahawa apa-apa jua pandangan dan terjemahan manusia terhadap makhluk berkenaan, ia sebenamya manifestasi terhadap kewujudan jin, iblis, dan syaitan sebagaimanalang termaktub dalam al-Quran.

"Cuma pandangan masyarakat setempat ini sudah 'dibudayakan' mengikut budaya hidup mereka masing-masing. Sebenarnya semua itu gangguan jin, syaitan, dan iblis. Gangguan makhluk ghaib ini pada manusia memang tidak dapat dinafikan."

"Dalam al-Quran ada dijelaskan kisah iblis menipu Adam dan Hawa, menipu Qabil dan Habil menyebabkan mereka bunuh-membunuh, menyakiti Nabi Ayyub, peristiwa sihir pada zaman Nabi Musa, sehingga ke zaman Nabi SAW."

"Iblis pemah bersumpah akan menipu dan mengganggu manusia, Namun telah dijanjikan Allah juga bahawa iblis dan syaitan, juga konco-konconya tidak berupaya atau tidak mempunyai kekuatan terhadap manusia kecuali dalam kalangan manusia yang mengikuti jejak langkah iblis dan syaitan, yang terdiri daripada mereka yang sesat," tegas Dr. Jahid.

Lazimnya, terdapat banyak tanggapan terhadap fenomena misteri yang sering dikaitkan dengan alam ghaib ini. la bergantung pada pandangan dunia sesebuah masyarakat berkenaan.

Kepercayaan terhadap kewujudan hantu, misalnya, terupakan satu kepercayaan yang dikongsi oleh kebanyakan masyarakat dunia. Kepercayaan sebegini sering atau mungkin trauma akibat pertembungan dengan makhluk tersebut. la menjadi budaya pemikiran masyarakat yang sangat sukar diubah sama sekali.

Bagi Dr. Jahid, tanggapan ini tidak munasabah kerana makhluk ghaib tidak mungkin dapat dilihat oleh manusia biasa, selain sifat makhluk itu sendiri yang halus dan rahsia. Hanya manusia yang mempunyai kasyaf yang dapat melihat makhluk tersebut, tetapi ia berlaku kepada orang yang dikehendaki Allah sahaja secara kebetulan.

"Memang jin, syaitan, dan iblis ini akan mengganggu hidup manusia, tetapi ia dapat diatasi dengan bantuan Allah S.W.T. Ada amalan tertentu yang berlandaskan Islam untuk mengelak gangguan ini, seperti mengamalkan membaca surah Yassin dan sebagainya. Tetapi, makhluk tersebut tidak perlu ditakuti. Hanya Allah yang kita patut tunduk dan patuhi," jelasnya.

Wujud pula satu senario, apabila manusia boleh bersahabat dan berdamping dengan makhluk ghaib ini, seperti jin dan syaitan. Senario ini cukup jelas diamalkan oleh segelintir masyarakat Melayu, seperti yang diamalkan oleh sebilangan pawang dan bomoh.

Dalam masyarakat Melayu, ada banyak cara yang dilakukan untuk "bersahabat" dengan makhluk ghaib ini, seperti jin dan syaitan. Antaranya, bersahabat dengan jin Islam, rijalul ghaib, roh-roh atau hantu, khadam ayat, dan sebagainya Makhluk yang diseru ini lazimnya untuk berdampingan dengan manusia bag membantu melakukan rawatan, melindungi diri, mencari harta, dan sebagainya

"Manusia tidak boleh memohon perlindungan atau pertolongan selain daripada Allah Jika tidak, ia akan menyebabkan syirik. Satu dosa yang tidak diampuni oleh Allah. Bukan bererti manusia tidak boleh bersahabatdengan jin atau iblis ini. Tetapi telah disebutkan dalam surah al-Jinn, ayat 6, jika manusia memohon perlindungan daripada jin jin, ia akan membawa dosa dan kesalahan. Larangan serupa juga di sebut dalam surah an-Nisa’ ayat 38, dan surah Yunus ayat 106, tegasnya..

Dr. , Jahid juga mengakui wujud sebilangan manusia yang menggunakan khidmat jin, syaitan, dan iblis untuk tujuan jahat seperti.menyihir dan memberikan bencana kepada seseorang. Khurafat tentang kehadiran roh orang-orang yang telah meninggal dunia, bukan cerita baharu dalam Islam. Pelbagai nama diberikan seperti hantu raya, toyol dan untuk tujuan tersebut.

"Apakah tidak mungkin, roh-roh atau hantu-hantu untuk tujuan sihir tersebut adalah tipu daya daripada syaitan dan iblis. Sesetengah orang melakukan ini semua untuk kepentingan diri."

"Telah diwahyukan dalam al-Quran bahawa sesiapa yang 'berteman' dengan syaitan, adalah seburuk-buruk teman. Perbuatan ini jelas sekali sirik dan menyekutukan Allah. la sama sekali salah di sisi agama Islam," katanya.

Namun begitu, persepsi masyarakat terhadap alam ghaib ini sukar diubah. Apabila disebutkan soal alam ghaib, masyarakat Melayu misalnya, kewujudan jin, hantu, syaitan dan iblis sering kali membawa pemaknaan yang sama. la dikaitkan dengan ketakutan, histeria. untuk tujuan sihir, 'berdamping' dan sebagainya.

la akan membawa kesan yang buruk dan sering kali menyeleweng daripada ajaran dan fahaman Islam itu sendiri. . Walhal, ilmu alam ghaib ini adalah yang boleh membawa ketakwaan kepada umat Islam jika ia berlandaskan panduan dan kefahaman yang betul.

"Kita perlu mempercayai alam ghaib untuk mempercayai kewujudan Allah, dan telah ditentukan had manusia mengenainya, sebagaimana yang termaktub dalam al­Quran dan hadis sahaja.

"Masalahnya, kebanyakan masyarakat kurang memahaminya hingga timbul pelbagai 'kepercayaan' lain.. la patut dihindari kerana kepercayaan terhadap alam ghaib ini sangat rapat dengan akidah seseorang. Ini kerana ilmu alam ghaib ini adalah tentang ketuhanan, yakni Allah S-WT sendiri..