Berbasikal Sejauh 20,000 Kilometer

Warga emas, Adnan Osman Penunggang basikal berusia 69 tahun ini telah pun memulakan kayuhan basikalnya ke London sejauh 20,000 Kilometer.

Kayuh Basikal Terjauh

Baca berita ini..

SEIRING usaha menggalakkan gaya hidup yang aktif dan sihat, jenama minuman tenaga, Malta, berbangga untuk mengumumkan penajaan pengembaraan berbasikal Adnan Osman dalam kempen Misi ke London - Kayuhan Berliku baru-baru ini.

Penunggang basikal berusia 69 tahun itu telah menetapkan sasaran tambahan bagi dirinya iaitu dengan menyahut cabaran berbasikal ke bandar raya Inggeris itu sambil memenuhi impiannya untuk menyaksikan upacara pembukaan temasya Sukan Olimpik London.

Perjalanan darat Adnan dari Kuala Lumpur ke London yang meliputi jarak lebih 20,000 kilometer dijangka mengambil masa 10 bulan untuk dijayakan.

Adnan bertolak pada 25 September lalu dan dijangka tiba di London tepat pada masanya sebelum pembukaan Sukan Olimpik pada lewat Julai tahun depan.

"Malta amat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha ini yang menyokong hasrat penunggang basikal tempatan kita. Ia sekali gus memberi inspirasi kepada atlet negara yang turut melalui jalan yang berliku untuk bertanding di London.

"Inisiatif Adnan seiring dengan dedikasi Malta untuk membekalkan minuman bertenaga yang menyokong gaya hidup aktif dan meniup semangat kembara dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Tai See Wai, Pengurus Pemasaran, jenama pertumbuhan tinggi, Guinness Anchor Berhad.

Malta ialah minuman kesihatan berasaskan malt kualiti premium tanpa alkohol.

Ia diperkaya dengan khasiat kebaikan semula jadi malt. Malta mengandungi vitamin B1, B3 dan B6 untuk memberikan tenaga yang tahan lama demi mengekalkan kecergasan.