Cara Dan Aturan Solat Berjemaah

Aturan lengkap cara dan syarat-syarat solat berjamaah lelaki dan juga perempuan.

Cara Aturan Solat Berjemaah

1. Di antara adab-adab sebelum takbirratulihram yang perlu dilambil perhatian oleh para jema'ah selain daripada memelihara saf ialah menghadapkan muka kekiblat dengan menundukkan kepala dan memandang ke tempat sujud sebagai pernyataan kehambaan diri kepada Allah serta memperbaharui taubat agar ibadat solat tidak ditolak kerana maksiat yang dilakukan sebelum mendirikannya dan jagalah hati dari sebarang lintasan yang memalingkan nya dari ingatan kepada Allah swt serta bacalah istia'azah dan doa " Allahumma aatini afdhala maa tuktii 'ibaadakassalihin." Ertinya Wahai Tuhanku; limpahkanlah kepadaku se-utama-utama apa yang engkau berikan kepada hamba-hambamu yang salih"


2. Imam yang sah menjadi imam kepada anda, dia hendaklah seorang Muslim, ber’akal dan sudah baligh. Orang gila tidak sah menjadi imam anda kerana solatnya sendiri tidak sah kecuali ketika dia siuman baharulah dia boleh menjadi imam tetapi makruh hukumnya kerana dikhuwatiri penyakit nya berulang ketika dia sedang solat nanti. Kanak-kanak yang sudah mumaiyiz juga boleh menjadi imam. Ini berdasarkan riwayat Amru bin Salamah katanya: "Aku pernah menjadi imam pada masa Rasulullah saw sedang aku seorang kanak-kanak yang baharu berusia tujuh tahun."(H.R. Bukhari). Bagitu juga dia sah menjadi imam solat Juma’at tetapi makruh hukumnya.



3. Jika anda makmum lelaki, imam anda hendaklah lelaki juga. Tidak sah anda berimamkan imam perempuan sama ada dalam solat fardu maupun solat sunat sebagaimana yang dilakukan oleh penduduk New York, Amerika Syarikat pada 18 Mac 2005 yang diketuai oleh Asra Normani. Asra Normani telah memilih seorang perempuan yang bernama Dr Aminah Wadud seorang Prof. pengajian Islam dari University Komanwel Virgina mengimamkan solat Juma'at di sebuah gereja Anglikan Manhattan dan seterusnya menyampaikan khutbah Jum'at. Bialangan jemaah pada hari tersebut seramai 100 orang terdiri daripada lelaki dan perempuan.



Dalil yang dipegang oleh Dr. Aminah Wadud dan pengikut-pengikutnya ialah tidak ada nas yang muktamad dari hadis melarang perempuan menjadi imam yang disertai oleh kaum lelaki. Begitu juga tidak wujud nas yang muktamad menyuruh wanita berbuat demikian. Selain daripada itu mereka berpegang kepada sepotong hadis yang menyatakan baginda pernah memerintahkan Ummu Waraqah, seorang wanita yang mengumpul al-Quran, memimpin keluarganya dalam sembahyang, sedangkan mereka terdiri daripada lelaki dan wanita. Ini berdasarkan kepada riwayat ‘Aisyah Ummi Salmah, dan A’tar bahawa seorang perempuan boleh menjadi Imam kepada perempuan.



Hadis yang menjadi dalil Dr. Aminah Wadud ini bercanggah dengan keterangan ad-Darqatani. Menurut ad-Darqatani, perintah Rasulullah saw terhadap Ummu Waraqah adalah untuk memimpin ahli keluarganya dalam sembahyang. Manakala Ibnnu Qudamah pula berkata " Walaupun Ummu Waraqah diarahkan mengimamkan lelaki dan wanita didalam keluarganya, pertintah tersebut adalah khusus untuknya, kerana tidak ada wanita lain dilantik menjadi muazin oleh Rasulullah saw selainnya. Maka daripada hadis ini, perintah wanita menjadi imam kepada lelaki dalam keluarganya adalah khusus untuk Ummu Waraqah".



Tindakan Dr. Aminah Wadud dikecam hebat oleh ualamak-ulamak Islam dan Ngo-Ngo Islam secara spotan di mana mereka menegaskan haram wanita menjadi imam kepada kaum lelaki. Antara ulama tersebut ialah:



1- Menurut Mufti Mesir Dr. Ali Jum'ah. Menurut beliau "Islam memerintahkan umatnya menjaga kesucian dan kehormatan diri dan mengharamkan zina. Sebab itulah Islam menyuruh lelaki dan wanita beriman merendahkan pandangan mereka, melarang mereka berdua-duaan, dikhuwatiri mereka akan terjerumus melakukan maksiat. Begitu juga, Islam memerintahkan lelaki berpakaian menutup bahagian tubuh antara pusat dan lutut dan wanita keseluruhannya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan. Ini dinyatakan di dalam al-Quran S:an-Nur:24:30 dan hadis. Salah satu



hukum yang membawa maksud ini ialah Allah memerintahkan wanita berada di belakang barisan lelaki dalam sembahyang. Ini sebagai memuliakan wanita kerana ketika sembahyang Muslim akan sujud. Maka perintah ini ibarat pepatah Arab yang mengatakan " Dia hanya meletakkan kamu di belakang untuk mendahulukan kamu". Kedudukan saf perempuan di belakang saf lelaki bukanlah satu bentuk penghinaan, tetapi menaikkan martabat mereka dan mempertahankan kesopanan serta kehormatan, satu bentuk kerjasama antara lelaki dan wanita beriman untuk mematuhi perintah agar mereka merendahkan pandangan masing-masing. Atas alasan inilah kita perhatikan Muslim sama ada di Timur mahupun Barat, di zaman awal Islam (salaf dan khalaf) bersertuju agar wanita tidak dibenarkan melaungkan azan, menjadi imam solat Juma'at atau sembahyang jemaah yang dihadiri wanita dan lelaki. Malah adalah haram lelaki dan wanita bersembahyang dalam satu saf, walau dalam apa jua keadaan. Begitu juga, para ulama dan orang biasa pun sebulat suara menyatakan adalah haram bagi wanita melaungkan azan, membaca khutbah dan menjadi imam sembahyang Jumaat.



2- Dr. Yusuf al-Qardawi." Sepajang sejarah Muslim belum pernah terdengar wanita mengimami sembahyang Juma'at atau menyampaikan khutbahnya. Malah semasa pemerintahan Syajarah ad-Dur, pemimpin wanita yang memerintah Muslim di Mesir pada zaman Mamluk, pun tidak ada wanita berbuat begitu. Sudah menjadi sesuatu yang diterima umum bahawa yang memimpin sembahyang di dalam Islam adalah lelaki. Mereka yang bersembahyang di belakang seorang imam akan mengikut peregrakannya rukuk, sujud dan sebagainya,dan mendengar dengan khusuk ketika imam membaca al-Quran di dalam sembahyang. Sembahyang orang Islam membabitkan beberapa pergerakan tubuh, berbeza dengan hanya berdoa seperti amalan orang Kristian. Lagipun ia memerlukan tumpuan fikiran, merendah diri dan kekhusyukan hati terhadap Allah. Sebab itu adalah tidak sesuai bagi wanita yang fizikal mereka secara firahnya membangkitkan naluri lelaki, memimpin lelaki dalam sembahyang, berdiri di hadapan mereka kerana ini boleh mengalihkan tumpuan lelaki dalam



sembahyang dan suasana spritual yang diperlukan. Dengan tujuan mengelakkan naluri lelaki terganggu inilah syariah menetapkan hanya lelaki boleh melaungkan azan dan menjadi imam sembahyang, dan saf wanita adalah di belakang sat lelaki. Rasulullah saw diriwayatkan telah bersabda: "Kedudukan wanita yang terbaik( di dalam sembahyang) ialah di saf paling belakang, dan terburuk adalah barisan paling hadapan, manakala yang terbaik bagi lelaki( di dalam sembahyang) adalah saf hadapan dan terburuk saf belakang"



3.Majma' Al-Fiqhi Al-Islami, sebuah badan Internasional dalam hukum fiqh Islam berpendapat apa yang dilakukan oleh Dr. Aminah Wadud sebagai bid'ah yang menyesatkan dan musibah. Dia melakukan pelanggaran hukum-hakam syariat dari beberapa segi; iaitu khutbah Juma'at oleh wanita, imam wanita atas jemaah lelaki, jemaah wanita dan lelaki berdiri sejajar dan berdampingan serta terjadi ikhtilat(campur baur antara laki-laki dan wanita) dalam ibadah.



4. Imam anda hendaklah baik bacaannya,bukan ummi. Yang dimaksudkan dengan ummi ialah seorang yang tidak dapat membaca fatihah atau sebahagian daripadanya dengan baik atau tidak dapat menyebut satu huruf al-fatihah dengan betul, walaupun dia dapat menyebut huruf-huruf lain dengan baik.



5. Anda boleh berimamkan dengan imam yang bermazhab lain selagi anda tidak melihat dan mengiktikad imam anda melakukan perkara yang membatalkan solat menurut mazhab anda. Jika anda melihat imam anda yang bermazhab lain seperti mazhab Hanafi melakukan perkara yang membatalkan solat pada mazhab anda seperti tersentuh kulit perempuan yang halal dinikahi dengan tidak berlapit, tidak sah anda mengikut imam tersebut.



6. Anda tidak sah berimamkan makmum yang sedang menjadi makmum kepada orang lain kerana dia tidak dapat menanggung kesalahan yang anda lakukan. Berimamkan makmum yang masbuk ketika dia tidak menjadi makmum lagi kepada imam sebelumnya seperti imamnya telah memberi salam,kemudian dia menambahkan



rakaatnya yang belum sempurna atau makmum telah mufaraqah daripada imamnya, adalah dibolehkan kerana ikatan antara makmum dan imam tersebut telah tiada lagi.



7. Sekiranya saf makmum lelaki dewasa belum penuh dan tidak didapati makmum dewasa untuk mengisi saf yang kosong , maka dalam hal ini kanak-kanak lelaki yang sudah mumaiyiz sama tarafnya dengan makmum dewasa. Oleh yang demikian dia boleh berdiri di dalam saf makmum yang telah dewasa.



8. Sekiranya anda telah mengangkat takbirratulihram, tiba-tiba anda melihat ada saf yang renggang, anda diharuskan mencelah saf yang di hadapan untuk memenuhi saf yang renggang itu dengan syarat langkah anda itu tidak berturut-turut tiga kali dan sewaktu melangkah anda hendaklah dalam keadaan berdiri.



9. Jika anda melihat ada saf yang kosong dan ketika itu imam sedang di dalam rukuk, anda disunat melambatkan takbirratulihram anda untuk mengisi saf yang kosong itu sekalipun anda luput serakaat.



10. Sebagai makmum anda hendaklah berniat mengikut imam di permulaan mengangkat takbirratulihram untuk mendapat fadilat jemaah. Jika anda berniat sebagai makmum dipetengahan solat, solat anda sah tetapi makruh . Anda hanya diwajibkan berniat menjadi makmum di permulaan takbirratulihram ketika solat Jumaat, solat yang diulangi semula kerana untuk mendapat pahala berjemaah dan solat jamak takdim kerana hujan. Seandainya anda tidak berniat menjadi makmum tetapi anda terus mengikut perbuatan imam anda, seperti perbuatan rukuk dan seumpamanya dan mengambil masa yang lama batal solat anda.



11. Syarat sah solat anda, anda hendaklah dapat melihat pergerakan solat imam anda, samada melalui saf di hadapan anda atau melalui suara muballigh dan seumpamanya. Kalau sebaliknya solat anda tidak sah.





12. Jika solat anda dengan solat imam anda sama dari segi cara-cara solat itu dilakukan sekalipun berlainan niat seperti anda solat fardhu, imam anda solat sunat, atau anda solat Zohor, imam anda solat Maghrib dan seumpamanya, hukumnya sah solat anda kecualilah kalau solat anda dengan solat imam anda berbeza cara mengerjakannya baharulah tidak sah seperti anda solat fardhu, imam anda solat jenazah atau anda solat fardhu, imam anda solat gerhana matahari. Perbezaan solat fardhu dengan solat jenazah ialah solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud, sementara solat gerhana matahari dua kali rukuk dan dua kali sujud.



13. Apabila anda melakukan solat dengan berdiri bersama-sama dengan imam, hendaklah tumit anda jangan terkehadapan daripada tumit imam anda . Jika solat duduk, punggung anda hendaklah jangan terkehadapan daripada punggung imam anda. Jika solat mengiring, rusuk anda hendaklah jangan terkehadapan daripada rusuk imam dan jika solat melentang, kepala anda jangan terkehadapan daripada kepala imam anda. Jika sama makruh hukumnya dan luput fadhilat berjamaah. Oleh yang demikian disunatkan anda kebelakang sedikit daripada kedudukan imam dalam kadar tiga hasta. Mendahului kedudukan imam dalam solat tidak sah, berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti"( H.R. As-Syaikhaani) melainkan jika anda solat di Ka'abah maka tidaklah batal solat anda terkehadapan daripada imam dengan syarat anda tidak berada di sudut yang sama. Kalau sebaliknya batal solat anda. Makruh hukumnya bagi makmum yang solat di sudut yang lain jika di sudut imam masih ada tempat yang kosong.



14. Jika anda menjadi makmum dalam solat jenazah, takbir anda tidak boleh tertinggal daripada takbir imam walaupun satu takbir. Sekiranya kerana uzur seperti lupa, tidak batal. Sebaliknya jika takbir anda mendahului takbir imam dengan satu takbir batal solat anda.



15. Sekiranya anda masbuk dalam solat jenazah maka yang wajib anda lakukan ialah mengangkat takbir, kemudian membaca fatihah sekalipun imam anda sudah mengangkat takbir yang lain. Sekiranya belum sempat anda menghabiskan bacaan fatihah, imam sudah mengangkat takbir yang lain maka anda hendaklah mengikut imam mengangkat takbir dengan tidak payah meneruskan bacaan fatihah. Ia ditanggung oleh imam. Mana-mana takbir dan bacaan yang belum selesai hendaklah diteruskan dengan mengikut tertib solat anda setelah imam memberi salam.



16. Sebagai makmum anda tidak boleh mendahului imam kerana dia sebagai ketua anda dalam solat berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Sesungguhnya dijadikan imam untuk diikuti” Oleh yang demikian anda ditegah mendahuluinya dalam:



(a) Takbirratulihram sekalipun dalam satu huruf atau timbul keraguan samada takbirratulihram anda dahulu atau serentak dengan takbirratulihram imam anda dan keraguan anda itu timbul sebelum salam maka tidak sah solat anda.



(b) Mendahului salam imam tidak sah. Kalau serentak tidak mengapa dan tidak membatalkan solat anda. Dalam solat, anda dikehendaki memberi salam dua kali. Salam yang pertama wajib. Salam yang kedua sunat. Sekurang-kurang bacaan yang wajib pada salam yang pertama itu ialah "Assalamualaikum", menambah perkataan "Warahmatullah" selepasnya adalah sunat. Dan setelah imam selesai memberi salam yang pertama dan salam yang kedua baharulah anda memberi salam. Demikian juga disunat anda memulai salam dengan menghadap muka anda ke kiblat sambil mengucap Assalamu'alaikum, kemudian menoleh ke kanan sambil menyebut Warahmatullah tanpa menyebut Wabarakatuh. Cara yang sama dilakukan sewaktu memberi salam ke sebelah kiri. Perkataan Wabarakatuh disunat menyebutnya waktu solat jenazah.



Memandangkan salam termasuk rukun qauli maka syarat-syarat nya seperti dibawah hendaklah diikuti:



(1) Hendaklah perkataan salam itu dimulai dengan Alif dan Lam "Assalamu". Tidak sah dengan melafazkan "Salamun 'alaikum" atau "Salaami 'alaikum" atau "Salaamullahi 'alaikum". Kalau senghaja



diucap dan tahu hukumnya batal solat anda. (2) Selepas perkataan ":Assalamu" hendaklah ditambah dengan ganti nama orang yang kedua(kafulkhitab) iaitu "'Alaikum". Tidak sah dengan dengan lafaz "Assalaamu 'alaihi" atau " Assalamualaihima atau alaihim atau 'alaiha atau alaihinna (3) Jangan dipisahkan diantara perkataan Assalamu dan alaikum oleh perkataan yang lain seperti Assalamu warahmatullahi 'alaikum. Kalau dipisahkan oleh perkataan "al-Hasanu atau Attammu 'alaikum tidak batal.



(4) Hendaklah menggunakan Mim Jamak pada ganti nama orang yang kedua seperti "'Alaikum." Tidak sah kalau mengguna kata ganti nama orang yang kedua seperti Assalamu' alaika, dan kata ganti nama ghaib seperti 'alaihi. (5) Ucapan salam hendaklah diucap dengan bertutur-turut. Kalau selepas mengucap Assalamu berhenti lama batal salam atau berhenti sebentar dengan kasad memutuskannya juga batal salam tersebut sebagaimana hukum fatihah. (6) Ketika mengucap salam dada hendaklah menghadap ke kiblat. Kalau sebaliknya tidak sah tetapi tidak mengapa muka berpaling daripada kiblat ketika mengucap salam. Berpaling ke sebelah kanan dan kiri ketika salam sunat hukumnya (7) Mengucapkan salam kepada orang semata-mata batal salam. Jika diniatkan salam berserta dengan niat keluar daripada solat sah salam tersebut. (8) Salam hendaklah diucapkan ketika duduk. (9) Ketika ucapan salam diucapkan hendaklah ia dapat di dengar oleh diri sendiri jika diri tidak cacat pendengaran atau suasana tidak bising.



( c ) Mendahului Imam dalam dua rukun perbuatan tanpa uzur seperti anda hendak melakukan sujud sedangkan imam anda masih dalam berdiri, hukumnya batal solat anda kerana telah mendahului imam dalam dua rukun perbuatan iaitu rukuk dan sujud tetapi mendahului imam dalam rukun bacaan seperti anda mendahulinya dalam bacaan tahiyat dan salawat keatas Nabi Muhammad saw adalah dimaafkan. Bagitu juga solat anda tidak batal sekiranya anda mendahuluinya dalam dua rukun yang berlainan seperti mendahului dalam bacaan fatihah dan rukuk. Walau bagaimanapun mendahului imam dalam satu rukun perbuatan seperti rukuk adalah haram hukumnya. Sebaliknya tertinggal daripada imam dalam satu rukun perbuatan sama ada kerana uzur atau sebaliknya tidak menjadi kesalahan. Ada beberapa sebab anda boleh tertinggal daripada imam dalam tiga rukun yang panjang iaitu dalam hal-hal yang berikut:



( a ) Jika anda lambat membaca fatihah kerana semula jadi, bukan kerana was-was dan bacaan imam anda pula sederhana, anda wajib menghabiskan bacaan fatihah anda sekalipun tertinggal daripada imam dalam tiga rukun perbuatan yang panjang. Sekiranya anda dapat menghabiskan bacaan fatihah dan dapat rukuk bersama-sama imam, anda mendapat serakaat atau setelah anda selesai membaca fatihah, anda mendapati imam anda sudah bangun daripada rukuk, sujud atau duduk antara dua sujud maka anda hendaklah meneruskan solat anda menurut susunan solat anda sendiri iaitu selepas membaca fatihah, rukuk, iktidal dan seterusnya, tanpa mengambil tahu tentang solat imam anda. Seandainya anda belum juga habis membaca fatihah melainkan setelah imam melakukan rukun perbuatan yang keempat maka ketika itu wajib anda mengikut imam rukuk. Setelah itu anda hendaklah menambah rakaat yang kurang selepas imam memberi salam. Yang dimaksudkan dengan rukun yang panjang ialah rukuk dan dua kali sujud.



( b ). Jika anda terlupa membaca fatihah dan anda teringat sebelum rukuk, anda tidak boleh rukuk, sebaliknya anda wajib meninggalkan diri daripada imam dalam tiga rukun yang panjang untuk membaca fatihah. Sebaliknya jika anda teringat ketika dalam rukuk bersama-sama dengan imam, anda tidak boleh kembali berdiri membaca fatihah. Yang wajib anda lakukan ialah rukuk bersama-sama imam. Setelah imam memberi salam baharulah anda wajib menambah rakaat yang kurang.



Membaca fatihah adalah di antara rukun-rukun solat, samada ada solat fardhu,maupun solat-solat sunat dan juga solat jenazah. Ia wajib dibaca dalam setiap rakaat kecuali makmum yang masbuk. Tanpa membacanya solat tidak sah sebagaimana tersebut dalam hadis Rasulullah saw yang dikeluarkan oleh Ubadah bin as-Saamith, yang mafhumnya "Tidaklah ada sembahyang (tidak sah sembahyang) bagi siapa yang tidak membaca fatihah" (H.R. al-Jemaah)



Basmalah salah satu daripada tujuh ayat fatihah. Tanpa membacanya tidak sah solat. Sabda Rasulullah saw "Apabila kamu membaca alhamdulillah iaitu surah Fatihah, maka bacalah Bismillah hirrahman nirrahim, maka sesungguhnya ia adalah ibu Al-Quran dan tujuh yang diulang-ulang, sedang Bismillah Hirrahman Nirrahim adalah salah satu daripada ayatnya.”



Ada sepuluh perkara yang wajib dijaga ketika membaca fatihah: (1) Hendaklah ayat fatihah di baca semua. (2) Di baca dalam keadaan berdiri dalam solat wajib bagi yang mampu berdiri. (3) Ketika membaca fatihah semua hurufnya dapat didengar oleh diri sendiri jika tidak pekak dan keadaan tidak bising (4) Bacaan fatihah itu hendaklah dibaca dalam bahasa Arab. Jika tidak tahu membaca Fatihah disebabkan tidak ada guru atau mashaf atau tidak mengerti membacanya atau tidak upaya membacanya kerana baharu belajar atau kerana baharu masuk Islam dan sebaginya maka wajib membaca sebanyak tujuh ayat quran, sama ada ayat tersebut berturut-turut atau berasingan tetapi dengan syarat ayat tersebut tidak kurang daripada bilangan huruf Fatihah.



Jika tidak berupaya juga hendaklah membaca zikir yang tidak kurang huruf-hurufnya dengan huruf-huruf Fatihah. Jika tidak berupaya juga hendaklah berdiri menurut kadar masa membaca fatihah. Zikir yang dibaca sebagai ganti Fatihah ialah " Subhaanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu akbar, Walahawla Walaquwata Illa Billah, Masya Allahu kaana Wamalam Yasyak Lam Yakun". (5) Wajib dijaga huruf-hurunya. Kalau ditukar dengan huruf yang lain walaupun satu huruf seperti menukarkan ha kecil dengan huruf HA besar atau Zal dengan Zai dan seumpamanya tidaklah sah bancaan fatihah tersebut jika dia mampu menyebutnya atau sebaliknya tetapi tidak mahu membetulkannya dengan belajar. (6) Wajib dipelihara tasydi-tasydia (sabdu) fatihah yang sebanyak 17 tasyidi itu. Jika digugur satu sabdu, sebagai contoh pada Iyyakanakbudu, bukan sahaja menyebabkan solat batal, malah menyebabkan dia menjadi kafir kalau disenghajakan kerana telah berubah maknanya daripada hanya engkau sahajalah yang kami sembah, bertukar menjadi cahaya mataharilah kami sembah.



(8) Apabila membaca fatihah tidak ada maksud yang lain melainkan semata-mata kerana membaca fatihah. Jika dibaca kerana terdengar lafaz alfatihah daripada orang diluar sembahyang yang sedang membacanya tidak sah fatihah tersebut. (9) Semua kalimah dan huruf fatihah itu disebut dengan betul supaya tidak mengubah maknanya. Kalau berubah makna batallah fatihah tersebut. (10) Hendaklah fatihah dibaca dengan muwalah, tidak terputus di antara satu kalimah dengan kalimah yang lain. Kalau terputus sekadar mengambil nafas tidak mencacatkan bacaan fatihah. Kalau terputus oleh zikir yang tidak ada kaitan dengan solat seperti mengucap alhamdulillah ketika bersin atau semata-mata kasad mengigatkan kesalahan Imam dengan tasbih Subhanallah terputuslah muwalah fatihah tersebut makanya wajib dia mengulangi fatihahnya semula melainkan kerana dia lupa atau jahil tentang hukumnya tidaklah putus muwalah fatihah tersebut Kalau diselangi atau terputus oleh zikir yang ada kaitan dengan solat seperti mengucapkan aamin setelah imam menghabiskan bacaan fatihahnya atau menggigatkan bacaan imam yang terlupa dengan kasad membaca fatihah serta menggigatkan imam sekali atau memohon rahmat"Rabbir figh warham wa anta khairur-raahimn" tatkala imam membaca " Rabbi Inni Auzubika minal azab" tatkala imam membaca ayat azab "Walakin hakqat kalimatul azabi alal faafirin" dan membaca " Balaa wa ana ala zalika minasyhaahidin" tatkala imam membaca " Alaisallahu bi ahkamil hakimin" dan seumpamanya tidak memutuskan muwalah fatihah.



( c ) Kalau anda makmum muwafiq tidak sempat membaca fatihah dengan sebab membaca iftitah, padahal menurut jangkaan anda, anda sempat membaca fatihah sebelum imam rukuk tetapi jangkaan anda itu tidak tepat. Dalam keadaan seperti ini anda tidak boleh rukuk, sebaliknya anda wajib meninggalkan diri daripada imam untuk membaca fatihah.Kalau anda tertinggal daripada imam dalam tiga rukun yang panjang kerana perkara yang tersebut di atas, anda dimaafkan, Sebaliknya jika anda yakin bacaan fatihah itu akan luput dengan sebab membaca iftitah, anda tidak dimaafkan dan seandainya anda dapat rukuk serta tamakninah dengan yakin anda dapat rakaat. Kalau sebaliknya, anda tidak dapat rakaat,makanya dan anda kena tambah rakaat yang kurang setelah imam memberi salam.



( d ) Sebagai makmum anda disunat diam mendengar imam membaca fatihah pada solat jahriyah(seperti solat sebelah malam, solat Suboh, solat hari raya dan seumpamanya) dalam rakaat yang pertama dan rakaat yang kedua sehinggalah imam selesai membacanya baharulah anda membaca fatihah. Bagaimana, kalau sekiranya imam anda terus rukuk tanpa membaca ayat setelah membacanya? Apa yang patut anda lakukan?



Jika berlaku sedemikian anda tidak boleh rukuk mengikut imam, sebaliknya anda wajib membaca fatihah dan dimaafkan tertinggal daripada imam dalam tiga rukun yang panjang. Kalau anda makmum muwafiq yang tidak dapat menghabiskan bacaan fatihah kerana cepatnya bacaan imam anda maka anda boleh membaca fatihah setakat yang dapat dan fatihah yang tidak sempat dihabiskan itu ditanggung oleh imam seperti hukum makmum yang masbuk. Walau bagaimanapun anda tidak boleh tertinggal daripada imam lebih daripada rukun yang panjang. Jika berlaku sedemikian anda tidak boleh rukuk mengikut imam, sebaliknya anda wajib membaca fatihah dan dimaafkan tertinggal daripada imam lebih daripada rukun yang panjang.



17. Sujud sejadah pada asalnya sunat hukumnya tetapi apabila imam anda melakukannya anda wajib mengikutinya. Kalau anda tidak melakukannya, solat anda tidak sah. Demikian juga sebaliknya anda tidak boleh melakukannya jika imam meninggalkannya.



18. Jika imam anda terlupa sesuatu yang menyebabkannya sujud sahwi, dia disunat sujud sahwi. Jika imam melakukannya anda wajib mengikut melakukannya juga sekalipun kesalahan itu bukan berpunca dari anda. Kalau anda tidak melakukannya, batal solat anda, sebaliknya pula, kalau imam anda tidak melakukan sujud sahwi, maka anda disunat melakukannya. Cara sujud sahwi sebagaimana yang anda sedia maklum ialah melakukan dua kali sujud selepas duduk dan membaca tahiyat akhir sebelum salam. Kalau anda terlupa sesuatu perkara yang disunat sujud sahwi semasa mengikut imam, anda tidak dikehendaki sujud sahwi kerana kesalahan anda itu ditanggung oleh imam jika dia tidak berhadas melainkan kesalahan itu berlaku ketika anda solat munfarid iaitu dalam masa menambah rakaat yang kurang maka baharulah anda disunat sujud sahwi.



19. Apabila imam anda meninggalkan tahiyat awal, anda tidak boleh meninggalkan diri daripada imam anda kerana hendak membaca tahiyat awal. Kalau anda berbuat demikian, solat anda tidak sah. Sebaliknya kalau imam anda melakukan tahiyat awal, anda harus meninggalkannya dan berdiri. Perbuatan anda ini tidak membatalkan solat anda. Walau macam manapun sunat hukumnya anda kembali mengikut imam melakukan tahiyat awal jika anda senghaja meninggalkannya. Kalau terlupa, wajib anda kembali duduk membaca tahiyat awal tersebut.



20. Jika imam anda melakukan qunut, anda harus meninggalkannya dan terus sujud. Bagitu juga sebaliknya, jika imam anda meninggalkan qunut, anda boleh terus berdiri membaca qunut yang ditinggalkan oleh imam anda itu. Solat anda itu sah tetapi dengan syarat anda tidak tertinggal daripada imam dalam dua rukun perbuatan. Kalau tertinggal dalam dua rukun perbuatan, solat anda batal kerana perbuatan tersebut disenghajakan.



21 Anda tidak sah mengikut imam yang wajib mengulangi solatnya seperti imam yang bertayammum kerana katiadaan air di tempat yang kebiasaannya ada air atau solat kerana menghormati waktu sebab ketiadaan air dan perkara yang seumpamanya.



22. Jika anda berjumpa imam dalam rukuk atau sejurus selepas anda takbirratulihram, imam anda pun rukuk, maka dalam keadaan seperti ini anda hendaklah mengangkat takbirratulihram dengan sempurna dan terus rukuk bersama-sama dengan imam dengan tidak payah membaca fatihah kerana fatihah anda itu ditanggung oleh imam. Jika anda dapat rukuk bersama-sama imam serta tamakninah di dalamnya dengan sempurna anda mendapat rakaat, kemudian wajib menambah rakaat yang kurang setelah imam anda selesai memberi salam.



23. Jika anda berjumpa imam dalam keadaan berdiri dan hampir dalam keadaan rukuk dan keadaan ini memungkinkan anda membaca sekadar yang dapat daripada fatihah, wajiblah anda membacanya setakat yang dapat sebelum imam rukuk. Fatihah yang tidak habis dibaca oleh anda itu ditanggung oleh imam. Jika anda berjumpa imam dalam keadaan yang tersebut di atas, sunat hukumnya anda meninggalkan bacaan doa’ iftitah dan istia’azah. Kalau anda membacanya sehingga menyebabkan anda tidak sempat membaca fatihah dan imam telah rukuk, maka anda tidak boleh rukuk sebaliknya anda wajib membaca fatihah menurut kadar masa yang telah anda habiskan kerana membaca iftitah dan istia’azah tadi. Selesai sahaja anda membaca fatihah dan sempat rukuk bersama-sama imam serta tamakninah, anda dapat rakaat. Sekiranya setelah anda selesai membaca fatihah menurut kadar masa yang ditetapkan itu, imam sedang iktidal atau dalam keadaan sujud, hendaklah anda ikut iktidal atau sujud sama, dengan tidak payah melakukan rukuk. Jika ditakdirkan anda belum juga selesai membaca fatihah, padahal imam anda sedang hendak melakukan sujud, maka pada ketika itu wajiblah anda berniat mufaraqah daripada imam. Kalau tidak, batal solat anda kerana tertinggal daripada imam dalam dua rukun perbuatan tanpa uzur.



24. Apabila imam anda telah melakukan perkara yang membatalkan solat, dan da telah memperingatkanya dengan subhaanallah bagi makmum lelaki dan menepok tapak tangan kiri ke atas belakang tangan kiri bagi makmum perempuan tetapi dia meneruskan juga kesalahan tersebut, anda wajib berniat mufaraqah. Mufaraqah tanpa sebarang sebab makruh dan meluputkan fadhilat jemaah. Jika mufaraqah berlaku dalam rakaat yang pertama solat jumaat, solat anda tidak sah. Di antara perkara yang mengharuskan mufaraqah ialah anda mengalami kesakitan atau yang seumpamanya. Dalil mengigatkan kesalahan Imam terdapat dalam hadis riwayat Abu Daud : Apabila sesuatu perkara berlaku maka hendaklah yang laki-laki bertasbih dan yang wanita hendaklah menepuk tangan.



25. Apabila anda mendapati imam anda dalam solat jenazah mengangkat takbir lebih daripada empat kali takbir, anda tidak disunat melakukannya. Yang patut anda buat ialah sama ada salam dahulu daripada imam atau menunggu imam selesai memberi salam. Menunggu lebih afdhal. Solat anda dan imam anda sah kecuali jika imam melakukan takbir yang lebih sebanyak tiga kali berturut-turut baharulah batal solat anda dan solat imam anda jika anda tidak berniat mufaraqah. Cara melakukan solat jenazah tidak sama perbuatan nya dengan solat fardhu. Caranya ialah berdiri betul, kemudian angkkat takbir yang pertama iaitu takbirratulihram berserta dengan niat solat jenazah, kemudian terus baca fatihah tanpa membaca doa' iftitah, kemudian angkat takbir yang kedua terus baca selawat, selepas itu angkat takbir yang ketika, lalu diikuti dengan doa mayat, sekurang-kurang nya Allhummaghfirlahu(jika mayat lelaki atau Allhummaghfirlaha(jika mayat perempuan). Selepas itu angkat takbir yang ke-empat, lalu diikuti dengan doa sunat seperti Allah Humma laa tahrimna ajrahu, wala taftinna ba'dahu" bagi mayat lelaki. Jika mayat perempuan sama seperti doa yang tersebut diatas, hanya dhamir HU di ganti dengan dhamir HA. Selesai membaca doa tersebut terus memberi

salam.



26. Sunat bagi makmum yang masbuk mengikut apa yang dibaca oleh imam sama ada zikir, bacaan bacaan wajib mahupun bacaan sunat, melainkan jika anda berjumpa dengan imam dalam sujud, anda tidak dikehendaki bertakbir apabila hendak sujud. Perbuatan imam wajib anda ikuti. Setelah imam memberi salam, anda dikehendaki berdiri untuk menambah rakaat yang kurang. Waktu bangun untuk berdiri anda disunat bertakbir jika anda berdiri itu setelah tahiyat awal bagi solat yang empat rakaat atau solat tiga rakaat.



27. Jika anda mendapati imam anda memanjangkan rakaat yang kedua atau tahiyat dalam solat jumaat dan makmum lebih daripada empat puluh orang tetapi makmum bimbang waktu solat jumaat luput dengan sebab memanjangkan rakaat yang kedua itu maka harus bagi makmum berniat mufaraqah daripada imam dan menyempurnakan solat masing-masing.



28. Jika imam anda tidak dapat meneruskan khutbah jumaatnya kerana sebab-sebab yang tertentu anda boleh megambil tempatnya dengan syarat masa penggantian itu tidak lebih daripada kadar solat dua rakaat kerana syarat khutbah hendaklah muwalah, berturut-turut. Jika masa penggantian lebih daripada kadar masa yang disebutkan tadi maka anda hendaklah mengulangi semula khutbah dari mula. Kalau sebaliknya anda boleh menyambungnya di tempat khatib berhenti tadi.



29. Jika anda mengetahui imam anda berhadas sebelum mendirikan solat, solat anda tidak sah kecuali jika anda mengetahuinya ketika anda sedang berjemaah dengannya, anda wajib mufaraqah dan meneruskan solat anda bersendirian. Sebaliknya jika anda mengetahuinya setelah selesai mendirikan solat, solat anda dan jemaah yang lain sah dan mendapat pahala jemaah. Namun demikian solat imam anda tidak sah kerana imam anda tidak memenuhi syarat-syarat sah solat.



30. Dalam keadaan anda tidak mengetahui jantina mayat dan bilangannya, memdailah anda berniat ketika takbirratulihram “ Usually ‘ala man salli ‘alaihil imam arabaa takbiiratin fardha kipayah makmuman lillahi ta’ala”. Ertinya sahaja aku solat ke atas mayat yang disolatkan imam empat takbir fardhu kipayah makmuman kerana Allah ta’ala. Dalam solat jenazah, menyebut kipayah, empat takbir dan lillahi ta’ala adalah sunat sahaja.



31. Jika imam anda melakukan sesuatu kesilapan dalam solat samada dalam perbuatan maupun dalam bacaan maka anda boleh menegurnya dengan dua cara, samada dengan mengucap tasbih “ Subhaanallah” tiga kali bagi makmum lelaki dan bagi makmum perempuan menepok tapak tangan kanan keatas belakang tangan kiri tiga kali atau dengan membetulkan bacaan imam anda tetapi dengan syarat anda tidak boleh menegurnya ketika dia sedang coba membetulkannya kecualilah sesudah dia berhenti. Kalau anda membetulkannya dalam keadaan tersebut, muwalah bacaan anda terputus dan wajib diulangi semula dari permulaan nya. Apabila menegur maka teguran tersebut hendaklah berniat bacaan bersama-sama dengan teguran sekali. Sekiranya dengan niat menegur sahaja atau pun tidak berniat langsung, solat anda menjadi batal.



32. Jika anda dalam safar anda diharuskan menqasarkan (memendekkan) solat empat raka'at menjadi dua raka'at seperti solat Zuhor, 'Asar, dan Isyak atau menjamak takdimkan serta kasar solat Zuhor dengan solat Asar dengan mengerjakannya dalam waktu Zuhor atau sebaliknya menjamak takhirkan serta qasar solat Zuhor dengan solat Asar dan mengerjakannya dalam waktu Asar.



Solat qasar serta jamak ini diharuskan sebagai rahmat dan kurnia Allah dan sebagai satu rukhsah (kelonggaran) daripada Allah kepada hambanya kerana Allah mengetahui kemungkinan-kemungkinan kesukaran yang bakal ditempoh oleh hambanya dalam safar nanti dan juga untuk menunjukkan bahawa betapa solat fardhu tidak boleh ditinggalkan dalam apa jua keadaan sekalipun sama ada dalaam safar atau ketika sakit. Namun demikian Allah mempermudahkan cara melakukan solat jika berlaku kesukaran melakukankannya dalam keadaan yang normal. Salah satu di antara kemudahan-kemudahan ialah anda boleh mengasarkan solat anda tersebut tetapi hendaklah memenohi syarat-syarat nya yang tertentu. Syarat-syarat tersebut seperti yang dihuraikan oleh Prof. Mohd. Salleh Hj Ahmad dalam bukunya Panduan Solat Musafir adalah seperti berikut:



(1) Hendaklah solat itu terdiri daripada jenis solat fardu yang empat raka'at sahaja (2) Hendaklah perjalanan itu dua marhalah (59km) atau lebih. (3) Hendaklah safar itu mempunyai tujuan yang baik. Bukan bertujuan maksiat. (4) Hendaklah mengetahui tempat atau arah tertentu ya