Cara Elak Makan Berlebihan

Bagaimanakah cara hendak mengelakkan kita terlebih makan atau mengambil makan terlalu lebih dari sepatutnya. kita di malaysia ni sememangnya sering mengambil makanan dalam kadar yang banyak, Beberapa cara untuk mengelakkan kita dari terlebih makan adalah seperti di bawah.

Elak Makan Berlebihan


1) Ambil sarapan pagi- Fakta menunjukkan 70% orang cenderung untuk makan lebih jika tidak menggambil sarapan pagi. Jika anda mengalami masalah untuk mengambil sarapan pagi seperti sakit perut atau sebagainya, Cuba ambil fruit smoothie, cereal atau oat meal.

2) Jangan makan ketika anda bosan – Lakukan sesuatu yang tidak melibatkan makan misalnya jika anda di office, sembang sekejap dengan kawan-kawan anda, berjalan sekejap atau melayari internet. Jadikan diri anda sibuk melakukan activity tetapi bukan makan.

3) Makan sebelum anda merasa lapar. – Jangan sesekali makan ketika anda terasa lapar.

4) berhentilah makan sebelum kenyang – Anda hendaklah berhenti makan sebelum anda berasa kenyang.

5) Hindari makanan segera – Seperti yang kita tahu, makanan yang sedap biasanya tidak sihat untuk kesihatan dan dapat membuatkan kita terlebih makan.

6) Jangan makan untuk meredakan masalah – Jangan jadikan makanan sebagai cara untuk anda mengurangkan masalah anda. Cuba hubungi kawan anda atau orang yang rapat dengan anda untuk berkongsi masalah dengan anda. Dengan mengambil makanan masalah anda tidak juga akan selesai.

7) Aturkan dan catatkan cara makan – Dengan cara ini anda dapat “track” makanan dan minuman yang dapat menaikkan atau menurunkan berat badan anda.

8) Adakan activity luar – Anda perlu mengadakan activity luar untuk mengisi masa anda.

Jika anda nak tambah tips ni leh share kat kotak kemen kat bawah..