Dapatkah Wang Menjamin Kebahagiaan

Ada wang semua boleh jadi, no money no talk, ada duit hati senang, ada duit abang sayang... tak ada duit abang melayang.

Wang Duit Untuk Kebahgian


kesimpulannya wang menjadi satu keperluan besar dalam kehidupan. Kita sudah biasa dengan kepercayaan bahawa duit tidak boleh membeli kebahagian. Kita sudah biasa mendengar bermacam-macam cerita dan ungkapan mengenai duit, semuanya tidak menggambarkan duit boleh membeli kebahagian. Cuba renung-renungkan bait-bait kata di bawah ini.

“Dengan duit kita boleh membeli tilam, namun kita tidak dapat membeli tidur yang lena"
“Dengan wang anda boleh membeli sebuah rumah tetapi bukan kediaman”
“Dengan wang anda boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa”
“Dengan wang anda boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.”
“Dengan wang anda boleh membeli buku, tetapi bukannya pengetahuan.”
“Dengan wang anda boleh berjumpa doktor, tetapi bukannya kesihatan yang baik.”
“Dengan wang anda boleh membeli kedudukan, tetapi bukannya kehormatan.”
“Dengan wang anda boleh membeli darah, tetapi bukan hidup.”
“Dengan wang anda boleh membeli seks tetapi bukan cinta.”
"Wang tidak boleh beli cinta untuk ku”, the Beatles.”
“Wang adalah punca kepada semua kejahatan.”
“Bila wang dipinjamkan, musuh telah dicipta”, pepatah Portugis.
“Hina besi kerana karat hina manusia kerana miskin (tiada berwang)”
"Wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang."



Jangan sampai menjadi hamba kepada wang, kerana belum tentu ianya menjamin kebahagian hidup. Wang bukan penyelesaian segala-galanya. Syukurlah dengan rezeki yang ada. Allah SWT menjanjikan rezeki lebih sekiranya kita berusaha... berusahalah dengan cara halal tanpa menindas pihak lain dan mengambil kesempatan pada orang lain.