Ditangkap Kerana Memandu Selaju 320 kmj

Polis geneva menahan seorang lelaki yang dipercayai telah memandu sebuah kereta dengan kelajuan yang tinggi dijalan raya.

Ditangkap Memandu Selaju 320 kmj

GENEVA: Seorang pemandu menggunakan telefon bimbit untuk merakam aksinya memandu selaju 320 kilometer sejam di Geneva, kata polis semalam.

Kelajuan itu tiga kali lebih tinggi berbanding peraturan ditetapkan kerajaan.


Bagaimanapun, aksi pemandu itu hanya terbongkar enam bulan selepas dia melakukannya.

Sumber berkata, lelaki berusia 28 tahun itu disoal siasat kerana kes berlainan.


“Ketika disoal siasat, polis menemui rakaman berkenaan dalam telefon bimbitnya,” katanya.


Sesetengah rakaman difokuskan kepada meter kelajuan pada keretanya - Bentley Continental, manakala selebihnya imej jalan dilaluinya.

Polis berkata, lelaki terbabit mungkin merakam aksinya itu untuk membuat rakannya kagum. Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin. - Reuters