Fara Fauzana Jadi Pengacara Nona

Fara Fauzana yang sememangnya sinonim dengan dunia pengacaraan apatahlagi dalam rancangan hiburan Melodi, telah membawa satu peningkatan terhadap mutu rancangan itu.



Dan dengar-dengar dari petikan portal Gua mengatakan yang Fara Fauzana adalah orang yang disebut-sebut untuk mengantikan Vanidah Imran dalam rancangan santai, Nona. Sejak beberapa tahun ni rating Nona tidak menentu, bahkan adakalanya penonton dah 'lari' dari menonton Nona.

Selain Fara, turut menjadi bualan hangat penganti Vanidah adalah Rozita Che Wan. Jeng-jeng agaknya mana satu pilihan korang dalam menilai kedua-dua selebriti ini untuk menerajui sebagai seorang personaliti Nona? tunggu jawapannya selepas ini..