Gergaji Kepala Pengedar Dadah

Ada video baru dimuat-naik ke internet, menunjukkan pelaksanaan hukuman terhadap dua orang ahli Cartel de Sinaloa. Dua lelaki yang kelihatan suram, dipotong kepala ketika masih hidup dengan cara yang paling brutal Mengunakan mesin gergaji.

Hukuman Gergaji Kepala Pengedar Dadah

Salah seorang dari lelaki itu dikenal pasti sebagai Felix gamez Garcia, yang mengaku mengedar dadah ke Amerika Syarikat dan seorang lagi dikenal pasti sebagai Barnabas gamez Castro, yang merupakan bapa saudara lelaki yang pertama.

Kedua-dua lelaki itu duduk menyandar pada dinding, mereka tidak memakai baju, dan seolah-olah berserah kepada nasib mereka. Mereka menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka oleh lelaki yang berpakaian seragam tentera, tapi mereka tahu bahawa tidak kira apa yang mereka katakan, mereka sudah tidak dapat melepaskan diri lagi.

Anda boleh mendengar suara mereka, dipukul, letih dan dibiarkan tanpa harapan. Tidak berharap untuk hidup kaya sebagaimana ketika mereka menyertai kartel, tetapi kini hanya berharap untuk terus hidup.



Gamez Castro berkata bahawa kartel dadah tidak membayar banyak, sebenarnya dia menyebut bahawa kerja-kerja terakhir dia lakukan untuk mereka, hanya dibayar 300 peso ($21 USD), hampir tidak berbaloi untuk dikenakan hukuman potong kepala dengan mesin gergaj