Gula Gula Daun Ganja

SEORANG anggota majlis perbandaran Buffalo menunjukkan bungkusan gula-gula menyerupai pokok ganja yang dijual Dikedai kedai di Amerika Syarikat (AS).

Gula Gula Daun Ganja


BUFFALO, Amerika Syarikat (AS) - Gula-gula berbentuk pokok ganja yang dijual secara bebas di beberapa pasar raya mengejutkan aktivis antidadah dan pemimpin bandar itu walaupun ia dikatakan tidak memudaratkan kanak-kanak.

Gula-gula Pothead Ring Pots dan Pothead Lollipops diedarkan ke kedai-kedai oleh pembekal terkenal syarikat Kalan LP dari Philadelphia.

Presiden syarikat itu, Andrew Kalan berkata, gula-gula tersebut berada di pasaran sejak enam hingga sembilan bulan lalu di 1,000 kedai di seluruh negeri New York turut mempromosi supaya ganja dibenarkan di sisi undang-undang.

Namun, seorang ahli majlis perbandaran, Darius Pridgen berkata, membenarkan sebuah kedai berlesen menjual gula-gula itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.- Agensi