Hukum Jual Beli Barang Cetak Rompak

Satu bentuk jual-beli yang menjadi kegemaran sebahagian umat Islam ialah barangan tiruan. Ia adalah barang dengan jenama tertentu yang dibeli dengan harga yang jauh lebih murah kerana ia bukan yang asli tetapi tiruan semata-mata.

Hukum Cetak Rompak

Perisian cdrom al-Qur’an misalnya, jika yang asli berharga RM200.00, maka yang tiruan dapat dibeli dengan harga RM5.00.
Jual-beli barangan tiruan seumpama ini dilarang kerana ia tidak berlaku dengan keredhaan di antara semua pihak. Keredhaan mungkin wujud antara pembeli dan penjual akan tetapi ia tidak wujud di sisi syarikat pembuat perisian.

Syarikat pembuat perisian tidak redha produknya yang menelan kos yang tinggi untuk research, development and manufacturing, dijual dalam bentuk tiruan.

Jual-beli ini menjadi satu kebatilan kerana melibatkan pencerobohan dan kezaliman ke atas hak syarikat pembuat perisian. Keredhaan di antara semua pihak dalam urusniaga jual-beli adalah penting berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman!

Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil,
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara redha dengan redha di antara kamu,
dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

Kesimpulannya, apa sahaja sahaja bentuk tiruan yang menyerupai yang asal seperti filem, permainan komputer, jenama produk dan apa sahaja yang tidak dibenarkan oleh pencipta asal adalah dilarang dalam islam..

Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan menzalimi,
maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka,
dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah.