Ikan Paling Pelik Di Sydney

Mortimer, pemberi maklumat yang berkhidmat untuk akhbar Bild Jerman, amat terkejut apabila ternampak ikan yang rupanya begitu menggerunkan ini di sebuah akuarium di Sydney.

Ikan Pelik


Mortimer telah mengunjungi banyak akuarium di merata-rata tempat di dunia untuk mengambil gambar pelbagai spesies ikan. Bagaimanapun, menurutnya, inilah kali pertama dia menemui seekor ikan yang rupanya begitu pelik dan menakutkan.

Dilihat dari rupanya, ikan ini mungkin seekor belut laut. Disebabkan insangnya sangat kecil, ikan jenis ini hanya boleh menggunakan mulutnya yang cukup besar ini untuk "mengepam" air supaya masuk atau keluar dari tubuhnya.