Kapal Persiaran Paling Besar Di Dunia

Dunia telah dipersembahkan dengan kemunculan pertama Oasis of the Seas. Ia merupakan kapal persiaran yang terbesar dan termahal di dunia!

Kapal Persiaran Paling Besar

Ada yang mengatakan kos pembinaan kapal persiaran ini di antara $USD 1.24 - 1.40 Billion. Ia telah mula berlayar dan berlabuh di Pelabuhan Lauderdale, Florida, US.


Kapal ini mempunyai padang mini golf, sebuah outdoor theater yang boleh menampung sehingga 750 tempat duduk. Kapal ini adalah 1,180 kaki panjang dan boleh membawa sehingga 5400 penumpang. Ia adalah kapal persiaran terbesar, merangkumi lebih panjang, lebih lebar dan lebih tinggi. Dan pertama kali dalam sejarah, ia merupakan kapal persiaran pertama yang berkali ganda lebih besar dari kapal perang pengangkut (carrier).



Paling menarik ialah di tengah2 kapal persiaran ini adalah 'oasis' ataupun taman tropika buatan manusia tanpa bumbung ... yakni terbuka luas.


Kapal ini mempunyai sebanyak 2700 kabin penumpang dengan lebih dari 30 rekaan kabin berlainan. Ia juga mempunyai kolam renang sendiri, beberapa court permainan, perpustakaan dan 24 restoren yang dibuka 24 jam sehari.

Kapal ini dijangka membuat pelayaran percubaan ke Haiti tidak lama lagi. Difahamkan tiket untuk menaiki kapal terbesar di dunia ini adalah dari $USD 1299 ke $4829 setiap seorang