Kehebatan Masjid Terapung Al-Hussain

TUANKU SYED SIRAJUDDIN menandatangani plak perasmian Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis malam kelmarin.

Masjid Terapung Al-Hussain Luar Biasa


KUALA PERLIS – Masjid terapung Al-Hussain yang menjadi mercu tanda baharu di negeri ini dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail malam kelmarin.

Masjid yang terletak di muara Sungai Perlis dengan dewan solatnya menganjur ke Selat Melaka itu menelan kos kira-kira RM12 juta dan mampu menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Raja Perlis ketika bertitah merasmikan masjid itu berharap masjid itu dimakmurkan dengan pelbagai kegiatan yang boleh menggamit minat generasi muda.