Kemalangan Maut Speedway Las Vegas 2011

Video ini menyaksikan kemalngan ngeri yang meragut nyawa seorang pemandu dalam satu siri perlumbaan di litar Las Vegas Motor Speedway Amerika Syarikat.

Kemalangan Maut Speedway



LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Pelumba kereta IndyCar, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan ngeri melibatkan 15 buah kereta lumba di litar Las Vegas Motor Speedway di sini.

Pelumba dari Britain yang berusia 33 tahun itu maut selepas keretanya melayang dan melepasi beberapa kereta lumba lain dan merempuh dinding di luar selekoh kedua trek itu.

Keretanya itu kemudian dirempuh beberapa kereta lain dalam kelmarin.

Tiga pemandu lain termasuk pesaing terdekatnya, Will Power cedera dalam kemalangan berangkai di litar sepanjang 2.4 kilometer itu.

Kematian Wheldon diumumkan dua jam selepas kemalangan yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah perlumbaan itu.

"IndyCar amat sedih untuk mengumumkan bahawa Dan Wheldon meninggal dunia akibat cedera parah," kata Ketua Pegawai Eksekutif IndyCar, Randy Bernard.

Seramai 34 pelumba bersaing dalam perlumbaan kelmarin. Kereta lumba yang dipandu mereka boleh mencecah kelajuan 360 kilometer sejam. - Agensi