Kereta Terbang Bukan Lagi khayalan

Seringkali kita merasa kagum apabila orang menceritakan bahawa sudah ada kereta terbang yang boleh bergerak dijalan raya mahupun terbag diudara seperti sebuah kapal terbang.

Kereta Terbang

Kereta Terbang Pertama Dunia, Terrafugia's Transition dilaporkan telah berjaya dalam ujian penerbangan sulungnya. Penerbangan yang hanya memakan masa 37 saat itu disifatkan satu titik tolak dalam industri aeronautik, ujar Pengasas bersama Terrafugia, Anna Mracek Dietric.

Terrafugia's Transition sebenarnya merupakan gabungan hibrid kereta dengan kapal terbang. Matlamat utama penciptanya ialah membina kereta yang boleh terbang dan mendarat seperti kapal terbang biasa. Dalam masa yang sama, ia boleh dipandu seperti kereta biasa dan disimpan di garaj rumah pada waktu malam.

Secara teori, Terrafugia's Transition boleh terbang sehingga kelajuan maksimum 100 knot atau sehingga 180km/j. Dengan tangki penuh, ia boleh terbang selama 4 jam tanpa henti. Berbeza dengan kapal terbang biasa yang mempunyai 3 roda, kereta terbang ini mempunyai 4 roda bagi membolehkannya bergerak tidak ubah seperti kereta biasa. Ia juga boleh dilaporkan boleh mencapai kelajuan lebuh raya.


Jom tengok macam mana kereta ni boleh terbang..



Namun, kelajuan di atas jalan tidak dimaklumkan.

Lebih menarik lagi, sayap kereta terbang ini boleh dilipat bagi memudahkan pemanduan di atas jalan raya.

Jika anda terfikirkan kereta ini boleh terbang secara menegak, anda sebenarnya silap. Ia masih memerlukan landasan yang lurus untuk terbang, sama seperti kapal terbang biasa.

Terrafugia's Transition masih lagi diperingkat prototaip meskipun 40 tempahan untuk kereta terbang ini sudah diterima oleh pihak syarikat yang membinanya. Harga jualan dilaporkan pada sekitar RM 737,200 dan dijadualkan berada di pasaran pada 2010.


P/s Jika pada suatu ketika dahulu sebelum adanya kapal terbang, Pasti manusia juga berasa sangat kagum apabila mendengar sebuah kapal boleh terbang diudara.