Ketumbuhan Paling Besar Dalam Badan Manusia

Pada bulan Ogos 2010, akhirnya doktor berjaya mengeluarkan tumor (ketumbuhan) dengan beratnya mencecah 24 kilo, atau 56 paun – dari seorang wanita di Argentina.

Ketumbuhan Paling Besar

Tumor tersebut sudah tumbuh di dalam tubuhnya selama 18 bulan. Ketumbuhan yang besar itu dibawa keluar dari rahim wanita berusia 54 tahun itu setelah empat jam pembedahan di sebuah hospital ibukota, Buenos Aires.