Kristal Raksasa Ditemui Di Mexico

Selepas menemui mineral ‘kryptonite’ pada bulan April yang lepas , saintis menemui pula beberapa kristal raksasa yang terpendam ribuan kaki dibawah Pergunungan Naica di sebuah padang pasir Chihuahua,Mexico.



Penghasilan kristal ini berlaku hasil daripada tindak balas air mineral dengan suhu yang sekitar 136 darjah fahrenheit.Pada suhu ini , mineral anhudrite yang mempunyai kandungan jumlah air yang banyak akan melarut menjadi gypsum iaitu kumpulan mineral halus yang menghasilkan kristal raksasa di gua Naica itu.

Kalau korang perasan , blok kristal raksasa itu menyerupai ‘Fortress od Solitude’ dalam filem sains fiksyen ‘Superman’.Apa yg menarik adalah kristal ini bukanlah ketulan ais kristal seperti yang korang saksikan di dalam filem tersebut.

Inilah salah satu kekuasaan Tuhan.Allah Maha Besar.