Lelaki Pelik Dengan Kostum Adi Wiranya

LUAR NEGARA - Macam-macam cerita Ganas, Kejam, pelik, aneh, dan tak kurang juga yang melucukan. Baru baru ni di Amerika Syarikat seorang lelaki memakai kostum adi wira ciptaannya yang dikatakan untuk menjaga ketenteraman awam.. lelaki tersebut telahpun mendedahkan wajah sebenarnya..

Lelaki Kostum Adi Wira


SEATTLE, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang memakai kostum adi wira ciptaannya untuk menjaga ketenteraman akhirnya mendedahkan mukanya di dalam sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu.

Dia membuka topengnya selepas diarahkan oleh beberapa pegawai mahkamah yang membicarakan kes dia menyembur serbuk lada kepada empat orang lelaki pada Ahad lalu.

Lelaki itu sebelum ini terkenal dengan panggilan adi wira Phoenix Jones.

Nama sebenarnya ialah Benjamin John Francis Fodor.

Menurutnya, dia cuba untuk meleraikan satu pergaduhan apabila dia diserang dalam kejadian tersebut.

Namun, pendakwa raya memberitahu hakim, mereka memerlukan masa untuk memutuskan sama ada akan memfailkan dakwaan dalam kes berkenaan.

Dia memakai semula topeng muka itu selepas perbicaraan tersebut.

Namun, semasa berdepan dengan pemberita, dia menanggalkan semula topengnya untuk mendedahkan identiti dirinya.

Menurutnya, dia merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang adik lelaki.

"Saya memutuskan untuk membuat perubahan dan menghentikan jenayah di dalam kawasan perumahan saya," katanya. - Agensi

Admin: Kalau berlaku di Malaysia kompomlah orang kata lelaki ni gila..