Majlis Penikahan Yasmin Hani Dan Sha'arin

Akhirnya Yasmin Hani selamat di ijabkabulkan dengan Sha'arin iaitu bekas gitaris kumpulan Black Rose.

Gambar Kahwin

Gambar Kahwin


Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas gitaris kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, dalam satu majlis yang diadakan di Duchess Place Jalan Ampang, dekat sini, Jumaat.

Gambar Kahwin

Gambar Kahwin

Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Abdullah Hashim kira-kira pukul 3.45 petang dengan mas kahwin sebanyak RM80. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Gambar Kahwin

Gambar Kahwin

Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran..