Manusia Mudah Berubah

Inilah kehidupan.. mengejar impian yang tak kesampaian. Namun mengapa manusi mudah berubah bila yang dikejar sudah digenggaman.

Manusia Mudah Berubah

Manusia mudah berubah ,
Bila ditabur wang berjuta mula hati gelap gelita. Buta tak tentu hala mengejar harta dunia yang sementara. Berfikir pun dah tak de rasionalnya. Hilang akal sihat kerana ikut jalan singkat. Buka lah mata, kerana wang bukan segalanya. Tetak bapa kerana wang, gelap mata kerana wang, jual diri kerana wang. Hurm.

Manusia mudah berubah ,
Bila hati terpaut cinta. Nampak remeh untuk di cerita tapi inilah hakikatnya. Manusia sentiasa buta kerana cinta. Pernah di tanya orang bercinta, siapa bantu ketika susah, siapa penceria ketika duka. Tiada lain jawabnya hanya cinta. Walau berjuta kali hati terluka, walau berjuta kali di seksa, cinta tetap sempurna untuk si buta. Sedar lagi wahai diri, ia bukan segalanya. Bila kau buka mata, kau lihat hasil cinta haram mu.. Anak merata - rata kau buang tanpa rasa berdosa. Ibu bapa kau tinggal merana.

Manusia mudah berubah ,
Bila rasa dunia mereka yang punya. Bila kuasa di tangan, pengaruh majoriti daripada kumpulan. Wah, gah kau berdiri seakan dunia kau miliki. Mula kau perintah itu dan ini. Sedangkan sedar kah kau , masih ada lebih berkuasa dari kuasa mu itu? Mudah kau melenting dengan minoriti tanpa sedikit kau ambil iktibar. Ini kah ketua? ketua yang majoriti agungkan?

Manusia mudah berubah ,
Bila emosi mengawal minda. Emosi yang kau rasa seakan minda, kau guna untuk membuat keputusan. Kau sangka emosi itu benar padahal kau bunuh sedikit demi sedikit akal mu dengan emosi. Sedarlah dimana letaknya akal mu? Setinggi kurniaan yang diberi ? Guna akal mu itu untuk mengawal emosi dan bukan sebalik nya.

Sedarlah manusia. Kita terlalu jauh hanyut dalam dunia kita. Memang tiada yang sempurna, tapi cuba jadi yang terbaik untuk diri sendiri. Bukan kita yang miliki segalanya. Ingat itu..