Mati Pada Hari Jadi

Sungguh menyedihkan apabila salah seorang remaja yang mati lemas bersama rakannya, sepatutnya menyabut hari kelahirannya pada hari itu

Mati Pada Hari Jadi


KEPALA BATAS – Dua sahabat yang hilang selepas tenggelam secara tiba-tiba ketika mandi bersama 13 rakan lain di muara Sungai Muda di Kampung Kuala Muda, Penaga di sini kelmarin ditemui mati lemas semalam.

Mayat Mohammad Hafiz Mustapa, 13, ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira satu kilometer dari lokasi dia bersama seorang lagi rakan, Mohd. Harraz Bukhori, 13, tenggelam pada pukul 5.30 petang kelmarin.

Amat menyedihkan Mohammad Hafiz ditemui mati pada hari dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-13 semalam.