Memikat Isteri Di Ranjang

Kaum perempuan memerlukan ransangan emosi dan mental sebelum mereka menerima tindak balas kepada stimulasi fisikal.



Pakar-pakar sains yang mengkaji tabiat manusia bersetuju bahawa tindak balas pihak perempuan adalah lambat dan perlahan tetapi lebih kuat dari pihak lelaki.

Sensasi perhatian adalah lebih penting bagi seseorang wanita. Jika seseorang wanita merasakan dirinya hanya sebagai objek keperluan seks, maka dia tidak akan dapat ransangan dengan mudah. Jika dia dibelai oleh suaminya dengan sentuhan yang lembut, dakapan yang hangat dengan bisikan-bisikan yang manis, dengan tersendirinya keadaan ini akan menaikkan semangat dan nafsu seksnya.