Misteri Air Sungai Warna Hijau

Kebiasaan air sungai yang pernah kita lihat adala berwarna keruh tanah dan jernih, tetpi sebua sungai di Kanada mengalirkan air berwarna hijau kekuningan..

Sungai Pelik



OTTAWA, Kanada - Sungai Goldstream di Kanada yang mengalir melalui bandar Langford di British Columbia bertukar menjadi warna hijau, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurufoto yang mengembara di tebing sungai tersebut untuk merakamkan gambar burung helang, Tyson Elder sempat merakamkan gambar sungai itu yang berwarna hijau pada 29 Disember lalu.

Bahan pewarna hijau itu tidak menyebabkan kematian ikan dan ia bertukar semula kepada warna asal dalam tempoh sejam.

Para penyiasat pada mulanya menyalahkan satu bahan organik yang digunakan sebagai pencelup sebagai punca kejadian itu.

Namun, semasa kejadian, tiada ujian dilakukan untuk menguji sistem air di kawasan tersebut dengan menggunakan bahan pencelup hijau.

Ketua Jabatan Bomba Langford, Bob Beckett menyalahkan golongan nakal yang tidak dikenali melakukan kejadian itu.

Tidak mungkin kerja budak nakal. setiap minit aliran sungai mengandungi bertan-tan air.untuk melakukan kerja nakal sebegini walaupun seminit memerlukan kos yang besar.dan sungai ini berwarna hijau untuk tempoh sejam.