Pencipta Bendera Malaysia

Ketahuilah sedikit sebanyak asal usul bendera kita malaysia yang telah dicipta oleh anak bangsa kita sendiri.

Pencipta Bendera Malaysia

Bendera Malaysia ini telah dicipta oleh seorang arkitek kerajaan Johor bernama En. Mohammad bin Hamzah dan telah diterima pada 28 November 1949...melalui satu pertandingan rekacipta yang dikelolakan oleh Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult. Bendera ciptaan Mohammad Hamzah bukanlah pilihan pertama, sebaliknya adalah pilihan ketiga. Pilihan pertama dan kedua tidak diterima kerana terlalu Melayu…kerana mempunyai lambang keris. Itu sebabnya umno terlalu paranoid dengan keris kerana Tok nenek depa gagal meletakkan keris pada bendera. Kalau lah Umno itu pejuang kemerdekaan…depa patut malu kerana tunduk kepada British.

Setelah mendapat persetujuan dari Raja-Raja Melayu, bendera tersebut telah mendapat kelulusan dari King George VI pada tahun 1950. Bendera Malaysia perlu mendapat kelulusan dari Raja Britain!!

Cuba perhatikan maksud bendera Malaysia ini.

Jalur merah putih berjumlah 14 dan sama banyak dengan bucu bintang. Ia bermaksud 13 buah negeri bergabung dibawah satu kerajaan Persekutuan.

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan – Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Come on, brader. Ini tahun 1949 dan British telah pun merancang untuk mencipta bendera Malaysia…bukan bendera Tanah Melayu. Tahun 1949, Singapura masih didalam Persekutuan Tanah Melayu,(betul ka? tolong betulkan kalau salah) tapi Sabah dan Sarawak adalah dibawah Pemerintahan British…tidak termasuk dalam Tanah Melayu.

Singapura memohon kemerdekaan dan pemerintahan sendiri daripada British pada tahun 1956 dalam satu rundingan yang diketuai oleh David Marshall. Tapi tak berjaya. Dalam ertikata lain, Singapura kekal dalam Persekutuan Tanah Melayu,dan apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ia termasuk Singapura. Tapi mengapa Singapura tidak termasuk dalam bendera Malaysia? Adakah ia satu wilayah autonomi yang tidak termasuk dalam Persekutuan Tanah Melayu?

Pada pengertian aku, Singapura adalah sebahagian dari Persekutuan Tanah Melayu, tapi dibawah pemerintahan British. sama macam Sabah dan Sarawak. tapi aku sendiri tak yakin dengan statement ini.

Singapura, Sarawak dan Sabah bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada tahun 1963..tetapi bendera untuk Malaysia sudah dicipta pada tahun 1949!! dengan lain perkataan, Persekutuan Malaysia sudah dirancang sejak tahun 1940an. Apa yang berlaku dalam tahun 1949, atau lebih tepat lagi selepas Perang Dunia Kedua adalah pelaksanaan kepada perancangan yang dibuat dalam tahun 1937.

Pada tahun 1965, Singapura disingkir dari Malaysia dan mendapat kemerdekaan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tapi bendera Malaysia tidak berubah walaupun Singapura sudah terkeluar. Yang berubah hanya maksud bendera.

Pada Tahun 1997, Bendera Malaysia melalui proses rebranding apabila ianya dinamakan Jalur Gemilang.