Pesawat 20 Kali Kelajuan Bunyi

Pesawat percubaan tanpa pemandu yang terbang dengan kelajuan 20 kali kelajuan bunyi ini telahpun menjalani satu penerbangan ujian.

Pesawat 20 Kali Kelajuan Bunyi

Falcon HTV-2 dilancarkan di atas roket ke angkasa lepas dan akan meluncur turun kembali ke Bumi pada kelajuan 13,000 mph, menjadikannya pesawat terpantas yang ada sekarang. Contohnya, ia boleh terbang dari London , England ke Sydney, Australia dalam masa kurang dari satu jam.

Penerbangan ujian sebelum ini berlangsung hanya sembilan minit sebelum sengaja terhempas sebagai langkah keselamatan kerana masalah teknikal.




Misi ini berjaya menetapkan rekod baru dalam perjalanan ruang sub-orbit dan membuka jalan bagi generasi senjata 'super'.