Raja Lawak Kena Tangkap Kerana Dadah

Panas nih.! Artis Raja Lawak berkumpulan ditangkap polis kerana kesalahan dadah..

Raja Lawak Kena Tangkap

TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui merayau tanpa tujuan di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.

Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.


ok kalu sudah baca, mesti korang tertanya-tanya siapa kan? juara lawak ni berkumpulan…setakat ni dua kumpulan sahaja yang pernah menjadi juara iaitu Kumpulan Sepah dan kumpulan Kecik. Sepah dari Johor. Kecik dari Sabah.ok,itu saja kelunya. korang tekalah sendiri ye.