Tanam Hidup Hidup Selepas Dirogol

Seorang anak gadis berusia 10 tahun ditanam hidup hidup setelah dirogol oleh sepupunya sendiri..

Tanam Hidup Selepas Dirogol

COTABATO - Seorang gadis berusia 10 tahun yang berasal dari Filipina dapat melepaskan diri dari kubur setelah dirinya ditanam hidup-hidup oleh sepupunya sendiri yang telah merogolnya.

Salah seorang pegawai polis Kota Magpet, Filipina, Roberto Ocumen mengatakan, gadis ini dirogol lalu kepalanya dipukul oleh sebuah benda keras dan dikuburkan dalam keadaan tak sedarkan diri oleh sepupunya sendiri Dennis Quilaton.

Gadis ini akhirnya tersedar ketika dirinya sudah berada di bawah tanah. Ia cuba untuk melepaskan diri dari kuburnya dan berjaya sampai ke rumah dengan bantuan jirannya.

Ayah gadis tersebut mengatakan, anak gadisnya diculik oleh sepupunya sendiri pada minggu lalu. Ia dipukul dengan benda keras dan dibawa ke lapangan berumput berhampiran rumahnya untuk diperkosa. Setelah itu, Quilaton menguburnya hidup-hidup dalam lubang yang dalam.

"Ajaibnya, dia sedar dan dapat melepaskan diri dari kubur tersebut serta berjaya meminta tolong penduduk sekitar," ujar ayah dari gadis malang itu.

Hingga saat ini, belum diketahui, berapa lama gadis itu berada di dalam kubur yang digali oleh sepupunya sendiri. (Rhs)