Tikam Dikepala Tak Mati

Pada tahun 1998 di Jacksonville, Florida, seorang penyerang yang tidak diketahui menikam Michael Hill di kepala dan kiri badannya, menganggap bahawa mangsanya itu akan rebah dan mati seperti manusia normal yang lain.

Tikam Kepala

Namun sebaliknya berlaku, Michael berjalan menyusuri jalan ke rumah seorang jirannya untuk mendapatkan bantuan dengan pisau sepanjang 8 inci masih tertanam dikepalanya. Michael menjelaskan bahawa dia tidak merasakan sakit pada awalnya dan itu hanya merasa sakit apabila tiba di hospital. Ketibaan Hill di wad kecemasan Hospital Jacksonville mengejutkan ramai pakar perubatan.

Meskipun pisau besar menembusi otaknya, Hill sedar dan memberi respons ketika tiba di hospital. Empat jam setelah beliau tiba, pisau itu telah dikeluarkan. Hill dapat bertahan tanpa sebarang infeksi dan hanya ditahan dalam waktu tujuh hari sahaja di hospital, meskipun pisau itu telah menyebabkan beliau hilang ingatan dan lumpuh pada tangan kirinya. Dia sekarang memegang Guinness Record untuk “ Objek Terbesar Dikeluarkan Dari Tengkorak Manusia”.