Tukar MyKad Lagi 2012

Rakyat Malaysia Dikehendai menukar MyKad Kepada yang baru pada tahun hadapan yang mana ciri-ciri keselamatan dan ketahanannya dipertingkatkan.

MyKad 2012

KLUANG - Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, MyKad itu dapat menangani isu pemalsuan serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

"MyKad dengan struktur baharu ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan struktur baharu.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said.

Hishammuddin berkata, MyKad baharu itu diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.

Katanya, MyKad itu juga menggunakan cip baharu yang telah diuji ketahanannya di Sirim.

Beliau berkata, pemohon baharu akan diberikan MyKad baharu mulai tahun depan manakala pemegang MyKad lama boleh menukarnya dengan yang baharu.


Aduh..! malasnyer nak pergi JPN ni. asyik nak tukar je. kalau JPN boleh terus pos je ke rumah kan baguih...