Ulat Hidup Dalam Mata

Kejadian yang agak luar biasa ini belaku di indonesia. Pada ketika orang ini berjalan diluar rumahnya matanya termasuk sesuatu yang disangkakan hanya sekadar habuk.

Ulat Dalam Mata

Setelah bebrapa jam matanya kelihatan semangkin kemerahan dan rasa tidak selesa yang berterusan lalu dia pergi berjumpa doktor, selepas diperiksa dia diberi ubat titis pada mata. Namun setelah beberapa hari matanya semangkin sakit dan membengkak. Dia sekali lagi berjumpa doktor.

Setelah diperiksa lagi, Doktor mengatakan perlu membuat sedikit pembedahan pada bonjolan yang membengkak pada matanya itu. Ketika pembedahan dilakukan, doktor tersebut berasa amat terkejut kerana terdapat sejenis ulat hidup yang berada didalam bonjolan yang membengkak pada mata orang tersebut.

Setelah diberitahu ada ulat yang hidup dimatanya, barulah dia teringat kembali ketika habuk yang disangkakan masuk dimatanya sebenarnya adalah telur ulat..