Daging Masak Yogurt Istimewa

Meh lah kakak-kakak dan makcik makcik semua try daging masak yogurt ni, mungkin akan membuka selera baru..



1) daging tanpa lemak, dipotong 3 sm kiub (500 g )
2) bawang besar, dihiris (140 g (2 biji) )
3) halia, dicincang (60 g (3 sudu makan) )
4) bawang putih, dicincang (40 g (2 sudu makan) )
5) kacang badam, dicelur air panas dibuang kulit dan bancuh dengan sedikit air supaya menjadi lumat (40 g (2 sudu makan))
6) serbuk cili ( 10 g (2 sudu makan))
7) biji kas-kas (poppy) (10 g (2 sudu makan))
8) serbuk ketumbar (10 g (2 sudu makan) )
9) garam masala (10 g (1 sudu makan) )
10) air (1125 ml (4 1/2 cawan))
11) yogurt rendah lemak, dipukul ( 150 g (1/2 cawan))
12) minyak sayuran (20 g (2 sudu makan))
13) daun ketumbar, dicincang garam secukup rasa (10 g (2 sudu makan)


Cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali yang tidak melekat dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan badam sehingga perang.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau selama 5 minit. masukkan baki air dan kacau rata. tutup dan masak dengan api yang kecil selama 40 minit atau sehingga daging menjadi empuk dan kuahnya menjadi pekat.
4. Masukkan daun ketumbar dan garam pada akhir memasak. Kacau rata dan angkat yogurt.
5. Hidangkan panas bersama capati atau parathas atau nasi putih.