Kek Coklat Tanpa Telur

Sangat mudah buat kek ni. Tak perlu mixer atau hand whisk. Cuma perlu digaul sebati dgn senduk kayu atau spatula sahaja. Bagi yang tak ada mixer kat rumah tu sgt2 dialu2kan utk mencuba resepi ini.



Bahan-bahan : a)
1) tepung gandum (200 g (1 1/2 cawan) )
2) serbuk penaik ( 10 (2 sudu teh) )
3) 'bicarbonate soda' (5 g (1 sudu teh))
4) serbuk susu skim (60 g (1/2 cawan) )
Bahan-bahan b):
1) serbuk kopi segera (5 g (1 sudu teh) )
2) gula kastor (140 g (1/2 cawan) )
3) madu (25 g (2 sudu makan))
4) air masak (150 ml (4/5 cawan))
Bahan-bahan c)
1) marjerin (180 g (3/4 cawan) )
2) esen vanilla (5 ml (1 sudu teh) )
3) serbuk koko (30 g (3 sudu makan)


Cara memasak :
1. Ayak bahan A dan ketepikan.
2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut. Biar sejuk.
3. Pukul marjerin, esen vanilla dan serbuk koko (Bahan C) sehingga berkrim dengan pemutar elektrik.
4. Masukkan sebahagian bahan A ke dalam campuran bahan C dan bancuh dengan pemutar elektrik.
5. Kemudian maasukkan sebahagian bahan B dan bancuh.
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati.
7. Curah ke dalam tin acuan empat segi 20 sm yang telah dilapik kertas minyak. Bakar dalam ketuhar pada 160oC selama 45 minit atau sehingga masak.