Lisa Surihani Dan Yusri Akan Berkahwin

Yusri Kru dikatakan akan menamatkan hidup bujangnya tidak lama lagi dengan Lisa Surihani. Apa kata Lisa Surihani..?



Saya rasa lebih elok sekiranya pertanyaan mengenai perkahwinan kami itu dijawab oleh Yusry. Malah dia telah pun berpesan kepada saya bahawa dia sendiri akan menjawab mengenai isu perkahwinan kami.

Lisa menyatakan yang Yusry sedang sibuk dengan penggambaran Vikingdom:-

Cuma beri dia sedikit masa lagi kerana sekarang dia sedang sibuk menyiapkan filem Vikingdom. Jadi selepas dia menyelesaikan penggambaran filem tersebut sekitar bulan depan, bolehlah anda semua bertanyakan hal tersebut kepadanya.

Jawapan yang saya berikan tadi bukanlah untuk melarikan diri daripada soalan anda semua. Cuma sebagai wanita tak manis sekiranya saya yang membuat pengumuman. Lagipun dia dah berpesan kepada saya biar dia yang memberitahu kepada umum, jadi kita tunggu sahajalah bulan Disember depan.

Lisa turut mengakui yang perkenalan mereka belum sampai setahun, tetapi itu bukan tanda aras bagi menilai perhubungan mereka, sebaliknya dia memang sudah bersedia bergelar isteri:-

Kami saling mengenali tidak sampai setahun. Tapi itu bukan alasan kami tidak boleh mengakhiri perhubungan ini ke fasa perkahwinan. Kerana sebelum ini saya sendiri pernah terlibat dalam hubungan cinta selama lapan tahun dan akhirnya hubungan itu putus.

Bagi saya masa bukanlah ukuran untuk menilai sesebuah perhubungan itu. Selagi kita bersama orang yang kita sayang, kita tidak akan pernah berhenti daripada terus mengenali dirinya. Jadi kalau kita kenal hanya sekejap dan berkahwin, kita masih boleh mengenalinya lagi selepas itu.Malah saya sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri.

Bagi kami kenyataan Lisa ini adalah sesuatu yang positif. Lisa pernah menyatakan jua yang kedudukannya sebagai ‘Wajah Eksklusif Astro’ memungkinkan perkahwinannya disiarkan secara eksklusif oleh Astro.