Malaysia Muncul Juara Kumpulan Sea Games

Malaysia muncul juara kumpulan dan layak untuk ke perlawanan separuh akhir dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI setelah menewaskan indonesia 1-0.

Sea Games Malaysia Vs Indonesia

Sememangnya malaysia hanya memerlukan satu mata atau seri untuk skuad Harimau Muda layak ke separuh akhir dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI.Peluang untuk Malaysia nampaknya agak mudah dicapai,berikutan,pada aksi perlawanan terakhir Kumpulan A pada 17 November 2011 ini Indonesia hanya menurunkan skuad kedua mereka,selepas menyedari mereka sudah’pun layak ke separuh akhir.

Dengan cara ini mereka boleh merehatkan pemain utama mereka bagi mendapatkan rehat secukupnya bagi menghadapi pusingan yang seterusnya.Apa yang pasti setiap pasukan mempunyai rahsia strategi yang tersendiri

Di samping itu,pada perlawanan terakhir Kumpulan A,singapura menewaskan Thailand 2-0.
Perlawanan di antara Indonesia dan Malaysia yang berlangsung pada pukul 8 malam waktu Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno bermula dengan asakan skuad harimau muda yang menghasilkan gol pada minit ke 17. Angka ini kekal hingga ke akhir perlawanan..

Tahniah Skuad Harimau Muda....!