Organ Palsu Manusia Dikitar Semula

Inilah kotak yang mengandungi organ palsu manusia berada di tepi seorang pekerja di syarikat OrthoMetals di Zwolle, Belanda.



ZWOLLE, Belanda - Sebuah syarikat di sini mengumpul dan menjual organ palsu manusia sebagai barang lusuh untuk dikitar semula.

Syarikat OrthoMetals mendapat bekalan organ palsu manusia daripada 450 rumah pembakaran mayat di 15 buah negara Eropah secara percuma.

Pengarah OrthoMetals, Ruud Verberne berkata, antara organ palsu yang diasingkan sebelum mayat dibakar pada suhu 900 darjah Celsius itu termasuk paha, lutut dan implan logam.

Menurutnya, keluarga dan saudara-mara si mati lebih rela melihat organ palsu orang kesayangan mereka dikitar semula daripada ia dibuang ke tong sampah.

Verberne berkata, sejumlah 200 tan logam berharga dikumpul dari rumah-rumah pembakaran mayat di Eropah pada setiap tahun.

Di gudang syarikat tersebut, pelbagai peralatan palsu itu diasingkan mengikut kategori seperti besi, titanium dan kobalt kromium dan kemudian dijual kepada pembeli barang lusuh dengan mengikut harga pasaran. - AP