Rantaian Duit Syiling Paling panjang

Lebih tiga juta duit syiling 25 centavo Filipina (RM0.01) akan disusun dalam satu rantaian di Taman Rizal MANILA, Filipina.



Sejumlah sukarelawan menyusun duit syiling itu sejak semalam sehingga Sabtu ini sebagai percubaan untuk memecahkan rekod Guinness World Record.

Rekod sebelum ini dibuat di Amerika Syarikat apabila duit syiling berjaya disusun dalam satu rantaian melibatkan jarak 64.8 kilometer. - Agensi