Asmidar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa 2011

Asmidar dinobatkan pemenang (juara) Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Pertama TV3. Asmidar menewaskan Mafa untuk muncul pemenang (juara)  dalam Konsert Final Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Pertama 25 Disember 2011 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral..



Asmidar membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 dan Mafa yang muncul naib juara membawa pulang wang tunai RM30,000.Pada Konsert Final (Akhir) Vokal Sekadar Rupa menyaksikan Asmidar dan Mafa perlu membuat tiga persembahan iaitu menerusi pilihan lagu sendiri, lagu baru dan Battle Song.

Sistem penjurian adalah berdasarkan undian penonton sebanyak 50 peratus dan selebihnya daripada pihak juri.