Awie Dibelasah Guru Silat

Kisah benar ini berlaku minggu lepas, Awie telah turun ke Pulau Langkawi untuk menghadiri satu mesyuarat PEKIDA Malaysia dan seperti mana lelaki lain, Awie keluar untuk menghabiskan masa bersama dua orang rakan beliau yang merangkap bodyguard Awie.



Episod 1 – Awie Bergaduh di Pusat Hiburan

Ketika berada di sebuah pusat hiburan, Awie telah bergaduh mulut dengan seorang lelaki atas sebab sebab yang tidak dapat dipastikan dan klimaksnya apabila Awie mencabar dengan memanggil lelaki ini sebagai penakut dan bacul.

Dan, terjadilah pergaduhan tumbuk menumbuk, tendang-menendang yang sah sah berpihak kepada Awie dan dua orang bodyguard beliau itu.

Episod 2 – Si Abang Balas Dendam

Lelaki yang teruk dibelasah itu mengadu kepada abang beliau yang terus berusaha mencari Awie dan rakan rakannya malam itu juga — adik sendiri kena belasah, siapa yang boleh duduk diam.

Awie dan dua orang rakannya telah berpindah lokasi berhibur malam itu dan si abang kebetulan berjumpa dengan mereka di Sunba Retro Bar. Sekali lagi tumbuk-menumbuk berlaku.

Namun nasib kali ini tidak menyebelahi Awie dan rakan beliau kerana si abang seorang diri berjaya mematahkan kekuatan mereka bertiga — kerana abangnya bukan calang-calang tetapi adalah guru Silat Bunga Kedah.

Episod 3 – Awie Buat Laporan Polis

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan si abang dan kerana kedudukan beliau yang agak selesa dalam persatuan, Awie dikatakan telah mengarahkan beberapa rakannya yang lain untuk mencari si guru silat ini.

Dan, Awie telah membuat laporan polis yang kononnya beliau telah diserang tanpa sebab malam tersebut. Kesudahan nasib si abang tidak dapat dikenalpasti.