Budak Mati Terkena Panah

Polis Australia semalam berkata, seorang budak perempuan maut selepas kepalanya dipanah secara tidak sengaja.



Menurut jurucakap polis New South Wales, mangsa berusia lapan tahun dipanah pada 26 Disember lalu.

“Kemalangan berlaku di sebuah rumah di bandar kecil Manilla di utara New South Wales,” katanya. Selepas kemalangan, mangsa dikejarkan ke hospital Sydney menaiki helikopter tetapi meninggal dunia kelmarin.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identiti mangsa serta butiran kejadian kerana menganggap insiden itu adalah kemalangan. Polis juga tidak bercadang untuk menahan atau mendakwa sesiapa - AP

Gambar Sekadar Hiasan..