Chef Wan Fan Club Ditutup

Selebriti Chef terkenal Malaysia yang juga bapa kepada Juri Masterchef Malaysia Chef Riz, Chef Wan kecewa dengan pemikiran dan mentaliti segolongan pemerhati yang tidak berhenti mengutuk dan menghina dirinya di laman sosial facebook ‘fanpage’ miliknya. Chef Wan akhirnya mengambil keputusan untuk menutup akaun profil facebooknya itu bermula esok iaitu pada 1 Januari 2011.



Ujar Chef Wan, beliau mengambil keputusan dengan menutup akaun facebook (Chef Wan Fan Club) bukan kerana tidak tahan atau tidak boleh menerima kritikan yang dilemparkan terhadapnya, tetapi kecewa dengan sesetengah pihak yang menggunakan akaun Facebook miliknya sebagai medan bertelagah sesama-sendiri.

“Saya rasa lebih baik saya tutup akaun Facebook itu untuk kebaikan semua. Kalau ‘fanpage’ itu menjadi punca hasad dengki, kutuk-mengutuk dan tikam belakang, lebih baik saya tutup sahaja. Saya mahu hidup lebih tenang selepas ini. Biarlah orang tidak tahu apa yang saya lakukan selepas ini. Tujuan saya buat ‘fanpage’ dulu adalah untuk berkongsi pendapat dan pengalaman tetapi sekarang sudah lain jadinya. Ada yang sanggup melemparkan pelbagai hinaan dan kutukan terhadap saya. Mereka ambil kesempatan dengan ruang yang saya berikan.” Ujar Chef Wan lagi.

”2012 saya tidak akan gunakan laman sosial sebagai medium perantaran antara saya dan peminat. Saya memang ada akaun twitter, tapi akaun itu tidak aktif pun. Cukuplah dengan apa yang telah saya lalui, dan saya mahu menjalani hidup bersama keluarga dengan gembira,” luah Chef Wan atau panggilan hormatnya Datuk Redzuawan Ismail.

Sehinga pagi ini akaun tersebut masih belum ditutup Chef Wan Fan Club Ditutup

Admin: Carilah jalan damai terbaik, jangan lari dari masaalah. Hidup ini ibarat roda yang berputar..