Kisah Sedih Setianya Seekor Anjing

Hari ni aku nak kongsikan satu cerita sedih seekor anjing yang diadaptasikan dari sebuah kisah benar berlaku di jepun. Kisah yang telah difilemkan ini sangatlah menyentuh hati semua orang yang menonton filem ini mahupun yang membaca kisah riwayat hidupnya.



Filem Box Office 2009-2010
secara ringkas sinopsis cerita ini

Parker (Richard Gere) telah terserempak dengan Hachiko di stesen keretapi tanpa mengetahui siapa tuannya. Lalu dia membawa pulang ke rumah tetapi isterinya tidak sukakan pada anjing. Dan lama kelamaan, isterinya dapat menerima Hachi setelah melihat suaminya begitu sayangkan Hachi. Dari kecil Parker telah membela Hachi sehingga dia besar.

Suatu hari sewaktu Parker keluar untuk bekerja (Parker adalah seorang Professor) dia mendapati Hachi berada di stesen keretapi mengekorinya. Walaupun puas disuruh pulang, tapi Hachi masih mengekorinya lalu Parker pun kata,

" Kamu pulang dahulu. Nanti pukul 5 petang, kamu datang semula ke sini, "

Tepat pukul 5 petang, Hachi telah pun berada di stesen keretapi menanti Parker. Semenjak itu, setiap hari Hachi akan menemani Parker pergi dan pulang dari kerja. Sampaikan orang-orang yang kerja di stesen keretapi, penjual hot dog & coffee pun kenal pada Hachi dan rasa kagum bila ternampak setiap pukul 5 petang Hachi akan berdiri tegak di depan stesen keretapi.
Tidak lama itu, Parker mati. Hachi masih menanti di depan stesen keretapi seperti selalu. Walaupun anaknya sayangkan Hachi dan membelanya dengan baik, tetapi Hachi tetap mahu pergi ke stesen keretapi. Dan akhirnya, anak Parker melepaskan Hachi.

Mulai dari hari itu setiap pukul 5 petang dia akan menanti Parker tidak kira hujan atau pun panas. Nasib baik orang-orang yang kenal Parker sudi menjaga Hachi di stesen keretapi dan memberi dia makan.

Hachi menanti dengan taat terhadap tuannya sehingga 9 tahun.
Akhirnya, dia mati.



Ini adalah cerita benar yang berasal dari Jepun. Hachi dikenali sebagai anjing yang taat sehingga patungnya dibuat dan diletakkan di depan stesen keretapi Shibuya, Jepun.


Sumber dan maklumat lengkap http://en.wikipedia.org/wiki/Hachi:_A_Dog's_Story

Nak tonton Hachico A Dog's Stroy