Lelong Beg Tangan RM600 Ribu

BEG tangan wanita jenama Hermes Birkin memang sudah diketahui umum sebagai beg tangan mewah yang terlalu mahal harganya.



Baru-baru ini, seorang pemilik yang tidak mahu dikenali telah melelong beg tangan mewah itu di pusat lelongan terkenal Dallas-based Heritage Auctions, yang juga merupakan pusat lelongan ketiga terbesar dunia.

Dallas-based Heritage Auctions mengistiharkan lelongan sebuah beg tangan mewah wanita Hermes Diamond Birkin pada harga $203,150 (RM636,100). Bidaan dilaporkan telah ditutup pada hari selasa lalu.

Jurucakap Heritage, Matthew Rubinger mengesahkan bahawa pemenang bidaan tersebut telah mengunjungi pemilik yang enggan namanya didedahkan kepada umum.

Beg tangan mewah itu diperbuat daripada kulit buaya merah yang juga dilengkapi dengan hiasan strap putih, serta kunci-kunci yang bertatahkan berlian.

Rubinger berkata, beg tangan yang serupa tanpa berlian dan dalam keadaan yang lebih kurang elok telah dijual tahun lalu di London pada harga $77,000 (RM241 279).

Beg Birkin merupakan hasil buatan tangan dan ia begitu tinggi harganya kerana jumlahnya yang sedikit serta kualiti yang diakui ramai.